SemasaSukan

Bersahabat dengan Putera Mahkota Dubai, Ronaldo

Sikap merendah diri Khabib patut jadi ikutan

Walaupun mempunyai nama dan berprestij malah mempunyai sahabat yang cukup terkenal dengan kemewahan Khabib Numragomedov, tetap merendah diri.

Persahabatannya dengan Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al Maktoum, Putera Mahkota Dubai atau lebih dikenali sebagai Fazza, diketahui peminatnya melalui media sosial.

Kejayaan Khabib sebagai seorang ahli sukan, telah meletakkan dirinya dihormati oleh semua pihak di seluruh dunia tidak terkecuali keluarga diraja dari Timur Tengah.

Berbeza dengan Khabib, Fazza yang hidup di sebalik kekayaan dan kehidupan mewah, cintanya terhadap kuda adalah sesuatu yang tidak dapat dibeli dengan wang.

Fazza, mempunyai lebih daripada 10 juta pengikut Instagram, suka menyiarkan gambar dengan nama ikonik seperti Pinatubo – yang telah bersara bulan lalu – dan juara Kumpulan 1, Ghaiyyath.

Fazza berkawan baik dengan legenda UFC Khabib dan menyiarkan gambar sua foto mereka sebelum kemenangan pejuang itu atas Justin Gaethje bulan lalu.

Sementara itu, meminati sukan lasak, Putera Mahkota Fazza juga meminati superstar Juventus, Cristiano Ronaldo.

Walaupun telah menjadi ‘superstar’, tidak ramai yang mengetahui tentang kehidupan peribadi Khabib.

Menariknya tiada apa yang istimewa tentang aktiviti seharian Khabib ketika tiada sebarang perlawanan atau latihan.

Beliau hanya meluangkan masa bersama isteri, anak dan ibu bapanya di sebuah apartment di Russia di samping tidak melupakan ibadah dan juga mendengar muzik Rusia.

Selaku seorang Muslim, Khabib telah memberikan nasihat yang cukup bermakna dan jitu buat para peminatnya di luar sana.

Menurut beliau, dia harus menjadi idola yang baik buat remaja Muslim di luar sana dan tidak menunjukkan contoh yang boleh memalukan agama Islam.

Kata Khabib:

“Kamu pergi ke masjid sebab tiada sesiapa pun yang sempurna. Semua buat silap dan mesti mohon keampunan dengan Allah. Kita harus bersikap jujur dan ia adalah perkara paling penting dalam hidup.”

Ramai umat Islam berbangga dengan kemenangan Khabib dalam kejuaraan beliau dalam siri UFc kerana bukan sahaja beliau mengalahkan lawannya, tetapi beliau menunjukkan sikap merendah diri dan menunjukkan keperibadian seorang muslim sebenar disaksikan oleh jutaan manusia yang boleh dijadikan contoh ikutan.

Olahan – Muhammad Zulfikre bin Ali

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button