InspirasiSemasa

Berjalan kaki dari Kerala ke Mekah demi ibadah Haji

RIYADH: Seorang Duyufurrahman dari India telah memenuhi impian seumur hidupnya untuk berjalan kaki dari kampung halamannya di daerah Malappuram, Kerala ke Mekah untuk menunaikan Haji.

Selepas berjalan lebih 8,640 kilometer, akhirnya impiannya bakal tercapai.

Sepanjang kembaranya itu, Shihabudeen Sayid Alawi, 31, atau lebih dikenali sebagai Shihab Chottur merentasi 5 negara iaitu India, Pakistan, Iran, Iraq dan Kuwait dengan perjalanan keseluruhan mengambil masa selama setahun 17 hari.

Shihab Chottur memulakan perjalanannya pada 2 Jun 2002 dan tiba di Mekah pada 7 Jun lalu.

“Saya tiba di sempadan Kuwait-Arab Saudi pukul 5:17 pagi di bulan Ramadan. (Sebaik tiba) saya berlutut dan memegang pasir Arab Saudi,” kata Alawi dalam wawancara eksklusif bersama portal berita ArabNews.

Kunjungan pertama Alawi ke Arab Saudi adalah dengan mengunjungi kota Madinah.

“Saya merasakan seperti sudah menamatkan perjalanan sebaik saya mengunjungi Masjid Nabawi. Saya juga menziarahi Raudah dan saya amat yakin akan berkunjung ke Mekah pula untuk melaksanakan ibadah haji.

Sebaik menjejakkan kaki ke Mekah pula, dia seperti sudah melupakan cabaran dan kesukaran yang dilaluinya sepanjang setahun perjalanan spiritual itu.

Kesyukuran tidak henti-henti dipanjatkan Shihab Chottur dan dia juga menghabiskan beberapa jam mendoakan semua pihak yang menghulurkan sokongan bagi membolehkan dia mencapai matlamat mengerjakan Rukun Islam ke-5 itu selain memenuhi impian mereka yang memintanya berdoa di hadapan Kaabah.

“Saya berdoa untuk kesejahteraan seluruh umat Islam”.

Shihab Chottur. berswafoto bersama seorang pegawai penguatkuasa di Iraq
bersama pasukan Bulan Sabit Merah Iran

“Di India dan Pakistan, saya mendapat sokongan orang ramai dan mereka datang berhimpun dengan saya. Sementara, di Iran dan Iraq pula tiada sesiapa yang menyedari kehadiran saya, tetapi, sebaik tiba di sempadan Kuwait, mereka yang mengetahui mengenai perjalanan saya mula menghubungi dan meminta untuk bertemu serta menyokong saya,” kata Shihab Chottur berkongsi mengenai pengembaraannya.

“Di setiap negara yang saya berhenti, saya menerima banyak bantuan daripada pegawai kerajaan, polis, tentera dan ada juga yang mengenali saya mengundang saya untuk bermalam di rumah mereka.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button