Sabak Bernam : Ayahnya lumpuh, ibunya pula perlukan sokongan semasa bergerak kerana penyakit gout. Puan Suhaila yang masih berpantang pada waktu itu sedar bahawa sudah waktunya untuk dia membuat keputusan yang besar dalam hidup.
Semasa wakil MAPIM Malaysia sampai ke rumah itu dalam Misi Ummah Bantu Ummah, mereka disambut suasana yang sepi dan suram. Apabila masuk ke dalam rumah, mereka disambut dengan pemandangan yang lebih sebak.
Ayah Puan Suhaila terbaring di katil, manakala ibunya berada di katil sebelah duduk menyambut kami. Ada alat bantuan berjalan di sebelah katil. Menurut ibu Puan Suhaila, Puan Jamaiyah binti Asmuni, suaminya sudah lumpuh setahun yang lalu.
Pada mulanya selepas dirawat di hospital, ayah Puan Suhaila masih boleh bergerak untuk membuang air, tetapi semakin lama dia hanya mampu terbaring di katil. Ini menyukarkan Puan Jamaiyah yang sudah sedia tidak berdaya. Puan Suhaila terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Apabila ditanya tentang keputusan Puan Shuhaila itu, dia cuma menjawab, “Sementara mereka masih ada.”
Waktu itu Puan Suhaila juga masih dalam pantang dan terkena sakit tulang sehingga sukar untuk bergerak. Namun dia paksa diri menguruskan ayahnya walaupun menangis menahan sakit. Sekarang keadaan Puan Suhaila semakin baik selepas mendapatkan rawatan pakar, dan melancarkan sedikit urusan menjaga ayah dan ibunya.
Alhamdulillah, mereka juga sudah mendapat bantuan zakat dan ia sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka. Namun ia masih belum mencukupi untuk hidup selesa.
Dalam kunjungan itu MAPIM Malaysia menyampaikan sumbangan berupa bantuan makanan asas kepada Puan Suhaila dan keluarga. Puan Suhaila sangat berterima kasih kepada MAPIM Malaysia atas sumbangan ini.
MAPIM Malaysia melalui Ketua Misi Ummah Bantu Ummah, Tuan Haji Faris Hussain berkata, “Kita mengharapkan dan merayu lebih banyak sumbangan daripada rakyat Malaysia, kerana kes seperti ini bukan terpencil . Ramai lagi di luar sana yang perlu dibantu. MAPIM Malaysia hanya menyampaikan bantuan itu, dan untuk kami itu adalah amanah yang cukup besar.”
MisiUmmahBantuUmmah
MAPIM Malaysia membuka peluang kepada orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan bencana dan kemiskinan dalam dan luar negara dengan hanya RM200, RM300 & RM500 untuk pelbagai bantuan meliputi makanan, pembaikan rumah asnaf dan juga perkhidmatan sokongan perubatan menerusi mobile klinik. Sumbangan boleh dibuat melalui:
www.BantuUmmah.com
ATAU
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi
menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm)
atau whatapps 012-800-2016