Semasa

Berat hati melaksanakan ibadah korban

Bangi : Ibadah korban tinggal beberapa hari lagi. Artikel demi artikel tentang ibadah korban sudah banyak diterbitkan baik di media online mahupun offline.

Kita juga mungkin sudah tahu sejarah ibadah korban itu sendiri yang bermula dari zaman Habil dan Qabil sehinggalah ke zaman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Kita juga pasti sudah tahu tentang kelebihan melaksanakan ibadah korban ini.

Seperti yang tercatat dalam hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Zaid ibn Arqam, dia berkata atau mereka berkata, “Wahai Rasulullah SAW, apakah korban itu?”

Rasulullah menjawab, “korban adalah sunahnya bapa kalian, Nabi Ibrahim.”

Mereka berkata, “Apa keutamaan yang kami akan peroleh dengan korban itu?”

Rasulullah menjawab, “Setiap satu helai rambutnya adalah satu kebaikan.”

Mereka bertanya, “Kalau bulu-bulunya?”

Rasulullah menjawab, “Setiap satu helai bulunya juga satu kebaikan.”

HR. Ahmad dan ibn Majah

Mungkin satu perkara yang kita tidak sedar, keinginan kita untuk membaca kisah dan fakta tentang ibadah korban itu sebenarnya adalah tanda kita sudah mendapat hidayah atau petunjuk, namun sekiranya kita belum melaksanakan korban, maksudnya kita belum memperoleh taufik atau kekuatan daripada Allah bagi melaksanakannya.

Itu yang menyebabkan ada antara kita merasa berat hati bagi melaksanakannya, sedangkan mahu. Ini kerana kita baru mendapat hidayah, belum lagi taufik. Bagaimana menyelesaikan perkara begini?

Teruslah berdoa kepada Sang Pemilik Hati, Allah Yang Maha Kuasa, semoga kita terus kekal dalam hidayah, dan seterusnya diberikan taufik supaya apa yang kita tahu dan baca itu akhirnya menjadi ibadah yang membantu kita di akhirat kelak.

Semoga berat hati itu berubah menjadi ringan dan seterusnya, ringan juga beban kita di akhirat sana.

Bagi meringankan lagi beban fizikal anda, anda boleh melaksanakan ibadah korban dengan pihak MAPIM Malaysia.

Mengapa melaksanakan korban dengan MAPIM Malaysia?

#1
KEUTAMAAN QURBAN
UNTUK ASNAF DALAM NEGARA
MAPIM Malaysia sentiasa mengutamakan santuni masyarakat dalam negara menerusi ibadah Qurban & pengagihan sistematik untuk golongan Asnaf & mereka yang terkesan dalam Negara menyedari kepayahan dunia hari ini yang berdepan perang Covid-19.

#2
VIDEO BUKTI QURBAN
UNTUK SETIAP SEMBELIHAN BUKAN UMUM!
Setiap peserta akan menerima video perlaksanaan ibadah Qurban secara eksklusif menerusi email (petugas MAPIM lapangan membaca nama peserta & sembelihan Qurban dilakukan). Ya! bukan secara umum tapi kesemua peserta akan menerima video satu-persatu sembelihan mengikut nama. Cth video: sila layari web ibadahqurban MAPIM

#3
HADIAH PLAQUE
DITULIS NAMA SEBAGAI CENDERAHATI
Plaque ukiran kayu eksklusif bertulis nama peserta korban bersama MAPIM sebagai cenderahati. Ukiran kayu ini boleh di letakkan diatas meja atau di gantung pada dinding.

#4
SIJIL PENYERTAAN QURBAN
DIPOS KE RUMAH ANDA
Selain plaque kayu, sijil penyertaan juga akan dipos terus ke alamat yang diberi semasa pendaftaran korban.

#5
PENGALAMAN QURBAN
10 TAHUN DI 40 NEGARA
MAPIM mempunyai pengalaman misi kemanusiaan dan menjalankan ibadah korban dengan rakan kongsi di 40 buah negara sepanjang penubuhan.

#6
RAKAN KERJASAMA AGENSI WAKAF KERAJAAN TURKI UNTUK TAHUN KE-10
Agensi wakaf Turki mempercayai dengan prestasi MAPIM membantu ummah di Syria dan telah menjalinkan kerjasama rapat kini tahun yang ke-10 untuk ibadah Qurban dalam negara

#7
DIIKTIRAF KERAJAAN MALAYSIA DALAM AKTIVITI KEMANUSIAAN DALAM NEGARA
MAPIM mendapat pengiktirafan dan kerjasama baik daripada pelbagai Agensi, Kerajaan dan pihak Swasta serta pertubuhan dalam Malaysia dalam melakukan aktiviti kemanusiaan dalam negara. Pada 2021, MAPIM MALAYSIA telah dinobatkan sebagai The Best Humanitarian & Community Service Award oleh The BrandLaureate

_______

JOM SERTAI IBADAH QURBAN
SEKARANG DAFTAR MELALUI LINK DIBAWAH

📍 www.ibadahqurban.com
📍 www.ibadahqurban.com
📍 www.ibadahqurban.com

 

Related Articles

Back to top button