Bencana Tonga : satu lagi letusan gunung berapi dikesan
TONGA : Sebuah stesen pemantauan di Darwin, Australia, mengumumkan pada bahawa satu lagi letupan besar telah dikesan di gunung berapi Tonga.
Ia berlaku dua hari selepas letusan besar di Pasifik yang menyebabkan gelombang pasang.
Menurut Pusat Penasihat Abu Vulkanik Darwin, letusan terbaru dikesan sekitar jam 8.10 pagi waktu Malaysia.
Ombak besar turut direkodkan di kawasan sekitar, menurut Pusat Amaran Tsunami Pasifik.
“Ini mungkin daripada satu lagi letusan gunung berapi Tonga,” tambahnya.
Walau bagaimanapun, tahap kemusnahan di Tonga masih tidak diketahui kerana sambungan komunikasi terputus pada Ahad lalu.
Ibu kota Tonga, Nuku’alofa, dilanda tsunami setinggi 1.2 meter, dengan penduduk mengatakan bahawa mereka melarikan diri ke tempat yang lebih tinggi, meninggalkan bangunan yang ditenggelami dengan batu dan abu hujan dari langit.
-AGENSI