DuniaSemasa

Bencana lendir laut di Turki

Jejas hidupan laut dan industri perikanan tempatan

MARMARA : Wabak laut berupa bendalir laut melanda pantai di lautan Marmara Turki, yang boleh mengancam hidupan laut di kawasan berkenaan.

Sehubungan itu Menteri Alam Sekitar Turki, Murat Kurum, berikrar akan menewaskan ancaman berkenaan bagi mengelak bencana ke atas hidupan laut pada masa depan.

Reuters dalam laporannya menyebut ketebalan bahan organik lendir laut itu boleh merebak ke seluruh laut selatan Istanbul dan berpotensi mengganggu gugat hidupan laut dan industri perikanan.

Pelabuhan, pantai, dan lapisan air laut telah ditutupi oleh pencemaran itu yang likat dan kelabu dan boleh tenggelam di bawah ombak dan membunuh spesies lautan.

“Mudah-mudahan, bersama-sama kita melindungi Marmara kita dalam kerangka rancangan pengurusan bencana. Kapal penyelidikan marin telah mengambil sampel bendalir berkenaan” .  – Murat Kurum/ Menteri Alam Sekitar

“Kami akan mengambil semua langkah yang diperlukan dalam tiga  tahun dan merealisasikan projek-projek yang tidak hanya menyelamatkan masa kini tetapi juga masa depan bersama,” kata Kurum, sambil menambah bahawa beliau akan segera memberikan perincian tentangan rancangan tindakan kementeriannya.

Para saintis menjelaskan perubahan iklim dan pencemaran telah menyumbang kepada percambahan bahan organik, yang mengandungi pelbagai mikro-organisma dan dapat berkembang apabila kumbahan kaya nutrien mengalir ke air laut.

Presiden Tayyip Erdogan dalam kenyataannya berkata, beberapa pengaliran air yang tidak dirawat dari bandar-bandar termasuk Istanbul, yang padat dengan 16 juta orang penduduk menjadi antara faktor penyebab kejadian dan berjanji untuk “membersihkan laut Turki dari bencana lendir”

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Related Articles

Back to top button