Pendidikan

“Beli smartphone mahal tetapi internet perlahan.” Tips untuk lajukan internet di smartphone anda

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), aliran trafik internet seluruh dunia meningkat sebanyak 23.5 peratus sejak awal tahun 2020.

Peningkatan drastik ini membuatkan ramai pengguna internet kian resah tentang kelajuan internet kini.

Namun, pengguna tidak perlu risau jika mengikut tips yang disediakan bagi menikmati penggunaan internet dengan lancar.

Ini adalah antara 4 tips yang boleh memperbaiki masalah internet pada smartphone anda.

  1. Menggunakan aplikasi yang boleh melajukan internet.

Kini terdapat pelbagai aplikasi pelaju internet yang berada di aplikasi stor anda. Ada beberapa aplikasi yang mencari pelayan iaitu VPN atau DNS. Beberapa aplikasi pelaju internet seperti di bawah:

  • Internet Optimizations
  • Net Optimizer | Optimize Your Internet Speed
  • Network Signal Speed Booster
  • 1.1.1: Faster Internet
  • What is VPN? Virtual Private Networks 101 - Surfshark 2022
  1. Hapuskan cache di telefon.

Pelayar web seperti Chrome atau Safari menyimpan cache apabila kita melayari internet. Kandungan cache yang banyak boleh memperlahankan smartphone anda. Anda boleh memadamkan cache di aplikasi atau memuat turun kembali aplikasi pelayar web tersebut.

How to Clear Cache in Windows 10 in 3 Different Ways

  1. Buang widget yang menggunakan internet anda

Widget seperti widget cuaca menggunakan data internet anda kerana ia perlu kemas kini maklumat widget itu.

Pengguna perlu tutup aplikasi yang tidak digunakan agar ia tidak menjalankan sebarang aktiviti ketika anda menggunakan aplikasi lain.

The Best iPhone Home Screen Widgets For iOS 14 – The Sweet Setup

  1. Tetapkan semula tetapan rangkaian.

Anda boleh tetapkan semula tetapan rangkaian (Reset Network Settings) untuk memberi kelajuan kepada internet anda.

Cara ini juga berkesan jika anda mengalami isu Bluetooth.

How to Reset Networking Settings on iPhone & iPad | OSXDaily

Malaysia kini menduduki tempat ke-41 di peringkat global dari segi kelajuan.

Oleh itu, anda boleh amalkan tips yang diberi bagi mendapat prestasi internet yang baik untuk smartphone anda.

Related Articles

Back to top button