DuniaSemasa

Belgium larang kakitangan awam jawab panggilan majikan berkaitan kerja

BRUSSELS : Peraturan baharu berkuatkuasa 1 Februari ini menetapkan kakitangan awam di Belgium tidak perlu lagi menjawab panggilan berkaitan kerja kepada majikan mereka di luar waktu kerja.

Peraturan tersebut dinyatakan menerusi memo yang dikeluarkan oleh Menteri Perkhidmatan Awam, Petra De Sutter.

Keputusan tersebut dibuat dengan tujuan untuk menerapkan perubahan budaya pekerjaan, dan mereka turut akan mengaplikasikannya di sektor swasta dan cadangan kerja empat hari seminggu juga sedang dipertimbangkan di negara itu.

Bagaimanapun, menurut memo tersebut, kelonggaran diberikan sekiranya melibatkan situasi luar biasa dan tidak dijangka serta tindakan yang tidak boleh menunggu sehingga tempoh bekerja seterusnya,.

Keadaan luar biasa dan tidak dijangka yang membenarkan panggilan kerja dilakukan itu tidak diperincikan dengan jelas di bawah peraturan baharu tetapi perjanjian boleh dibuat antara pengurusan dan kakitangan atau kesatuan sekerja untuk melaksanakannya.

De Sutter berkata, langkah ini diharapkan dapat mengekang tekanan kerja berlebihan serta keletihan terutamanya disebabkan perintah bekerja dari rumah yang menimbulkan konflik keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan sosial.

– AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button