DuniaSemasa

Belasungkawa: Ratu Elizabeth II mangkat, Pahang kibar bendera separuh tiang esok

Bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang 3 hari berturut-turut

KUANTAN: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah menitahkan supaya bendera negeri Pahang dikibarkan separuh tiang selama 3 hari sebagai tanda penghormatan di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Seri Dr Sallehuddin Ishak menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang bermula esok (Sabtu) 10 September selama 3 hari berturut-turut.

Ratu Elizabeth II, monarki paling lama memerintah dalam sejarah British, mangkat pada usia 96 tahun seperti diumumkan Istana Buckingham.

Pada 1998, kumpulan nasyid terkenal Raihan pernah menerima kunjungan Ratu Elizabeth II ketika sedang membuat rakaman semula lagu Syukur di Synchrosound Studio, Petaling Jaya.

Lebih menarik, wanita hebat itu diberi penghormatan untuk menekan butang rakaman sebagai simbolik menghargai irama nasyid.

Secara tidak langsung Raihan telah mengangkat dunia dakwah ke satu platform yang lebih besar sehingga berjaya meraih perhatian tokoh paling lama memerintah Britain itu.

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button