Semasa

Bekalan air terputus akibat kekurangan bahan bakar di Lubnan

Follow kami di https://t.me/UmmahTodayNews
Informasi berita ummah bagi perkembangan semasa dalam arus perjuangan ummah

Platform medsos : https://linktr.ee/UmmahToday

 

BEIRUT : Lubnan tidak akan membekalkan air di sekitar kawasan di seberang ibu kota Beirut dan Gunung Lubnan disebabkan kekurangan bahan bakar, kata pihak berkuasa air.

Pertubuhan Air Beirut dan Gunung Lubnan (EBML) dalam satu kenyataan berkata pihaknya “terpaksa” melaksanakan program catuan di sebahagian besar wilayahnya, kerana kegagalan untuk mendapatkan diesel dari untuk mengoperasikan pam air. ”

Perbadanan Air Lubnan Utara juga memaklumkan kepada media bahawa bekalan elektrik “hampir tiada,” sambil menambah terdapat “kesukaran dalam menyediakan bahan bakar diesel untuk operasi dan penghantaran penjana elektrik milik kilang pengeluaran dan telaga.”

“Kekurangan diesel akan memberi kesan negatif terhadap proses pengeluaran dan pengedaran,” kata syarikat awam itu.

Selama dua tahun, Lubnan mengalami krisis ekonomi terburuk dalam sejarah modennya, kerana kekurangan bahan bakar, perubatan dan komoditi asas dan mata wang asing.

Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) baru-baru ini memberi amaran bahawa lebih daripada empat juta rakyat di Lubnan mungkin terdedah kepada kekurangan air yang teruk, sehingga membahayakan nyawa mereka.

Dalam pada itu, kerajaan Lubnan mengurangkan subsidi bahan bakar dan harga dinaikkan menjadi 8.000 lira ($ 5.30) seliter, bukan 3.900 lira ($ 2.58) seliter. Harga bahan bakar kemudian melonjak 66 peratus.

-AGENSI

Diterjemah oleh Hafeez Anuar

Related Articles

Back to top button