DomestikSemasa

Beberapa paras sungai meningkat, 1 PPS dibuka di Setiu

KUALA TERENGGANU: Sebuah keluarga di Setiu terpaksa dipindahkan apabila kediaman mereka di Kampung Bahagia dinaiki air, susulan hujan lebat berterusan sejak semalam.

Berikutan itu, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di balai raya kampung berkenaan dibuka oleh Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah membuka bagi menempatkan pasangan suami isteri dan dua anak mereka itu pada jam 11 pagi tadi.

Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Mejar (PA) Mohd Zawawi Mat Nasir, berkata kawasan didiami keluarga terbabit dinaiki air kerana hujan lebat berterusan dan mereka terpaksa dipindahkan.

Dalam pada itu, hujan lebat berterusan direkod sekitar 20mm-120mm bermula semalam menyebabkan paras beberapa sungai utama di Besut, Setiu, Hulu Terengganu, Hulu Kemaman dan Hulu Dungun meningkat dan melepasi tahap waspada serta amaran.

Beliau berkata, paras air di Sungai Chalok, Setiu dan Sungai Telemong di Kuala Ping, Hulu Terengganu melepasi paras amaran, manakala enam sungai pada paras waspada, iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Kampung Langkap; Sungai Setiu di Kampung Besut di Setiu; Sungai Nerus di Kampung Bukit, Kuala Nerus; Sungai Marang di Pengkalan Berangan, Marang dan Sungai Tebak di Kemaman.

Justeru, penduduk di kawasan rendah mudah dinaiki air dinasihatkan berada dalam keadaan berjaga-jaga dan segera berpindah sekiranya perlu bagi mengelak terperangkap dalam banjir.
Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button