Covid19

Bazar Ramadan Tok Adis ditutup 14 hari

SOP bazar Ramadan dilanggar

KUALA TERENGGANU : Bazar Ramadan Tok Adis berdekatan di Kuala Ibai, Kuala Terengganu diarah tutup selama 14 hari sehingga April 30 kerana gagal mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk memutuskan rantaian COVID-19.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata notis arah tutup telah dikeluarkan untuk membolehkan pengendali bazar mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan pematuhan SOP kepada peniaga dan pelanggan.

“Ia adalah pertama bazar Ramadan disuruh tutup di Terengganu kerana gagal mematuhi SOP”¬† – Pengarah Kesihatan Terengganu / Dr Nor Azimi Yunus

Dr Nor Azimi Yunus  berkata demikian ketika dihubungi BERNAMA.

Antara SOP yang patut dipatuhi oleh peniaga dan pelanggan termasuk mengambil suhu badan, mendaftar menggunakan aplikasi MySejahtera dan memakai pelitup muka oleh peniaga dan pelanggan untuk memasuki kawasan.

Pengendali bazar perlu menyediakan laluan satu hala dan hanya yang berusia 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan masuk.

Sebanyak 69 bazar Ramadan, melibatkan 4,326 gerai dibenarkan dibuka di Terengganu, dengan 22 daripadanya adalah di Kuala Terengganu, Kemaman (19), Besut (10), Setiu (enam), Dungun (lima), Marang (lima) dan Hulu Terengganu (dua). – BERNAMA

Oleh Pelatih Fakulti Filem,Teater dan Animasi – Muhammad Nasrul Haqim

Related Articles

Back to top button