HATAY : 28,000 maut, 6,000 bangunan runtuh dan beratus-ratus gegaran susulan telah melanda Turkiye dan Syria selepas gempa bumi 7.8 magnitud melanda pada hari Isnin. Di tengah-tengah kemusnahan itu terdapat kisah ajaib tentang harapan.
Seorang bayi berusia dua bulan diselamatkan dari bawah runtuhan di Hatay Turkiye dan orang ramai bertepuk tangan serta bersorak. Kanak-kanak itu ditemui hidup selepas 128 jam terperangkap dalam timbunan runtuhan bangunan.
Beribu-ribu pekerja penyelamat masih menyelongkar kawasan banguan yang rata dalam cuaca sejuk. Keadaan cuaca itu menambahkan lagi kesengsaraan berjuta-juta penduduk yang kini terjejas akibat gempa.
Surviving 5 days under rubble in Hatay, Turkey pic.twitter.com/VUBOgM3Hq3
— Muhammad Smiry 🇵🇸 (@MuhammadSmiry) February 11, 2023
Antara mereka yang berjaya diselamatkan ialah seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun, seorang wanita hamil enam bulan dan seorang wanita berusia 70 tahun, lapor media Turkiye.
Gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter pada Isnin, dengan beberapa gegaran susulan yang kuat di seluruh Turkiye dan Syria, dianggap sebagai bencana alam ketujuh paling mematikan di dunia abad ini. Ia menghampiri angka 31,000 yang terkorban akibat gempa bumi di negara jiran Iran pada 2003.
Dengan jumlah kematian setakat ini sebanyak 24,617 di dalam Turkiye, ia adalah gempa bumi paling dahsyat di negara itu sejak 1939 dan lebih 3,500 telah meninggal dunia di Syria.
MISI BANTUAN KECEMASAN GEMPA TURKIYE – SYRIA
Bagi anda yang ingin turut serta dalam Misi Bantuan Kecemasan Gempa Turkiye – Syria, boleh terus menyalurkan sumbangan menerusi
Tabung Kemanusiaan MAPIM
Akaun Maybank : 5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia