DuniaPolitikSyria

Bashar Al Assad pegang tampuk pimpinan Syria

95 peratus undi milik Bashar

BEIRUT: Presiden Syria, Bashar al-Assad, berjaya memenangi pilihan raya yang menyaksikan beliau terus menguasai tampuk pemerintahan negara untuk penggal keempat.

Dengan slogan kempen ‘Harapan Melalui Kerja’, Assad, 55, menonjolkan diri sebagai satu-satunya calon untuk fasa pembinaan semula negara yang dilanda antara konflik paling berdarah dalam abad ini.

Kemenangannya pada pilihan raya yang berlangsung kelmarin, sememangnya memberi tamparan kepada penentang beliau di dalam dan luar Syria.

Speaker Parlimen Syria turut mengumumkan Assad berjaya meraih 95 peratus undi walaupun negara Barat mendakwa pilihan raya itu adalah ‘tidak adil mahupun bebas.’

Assad  dilihat seorang individu yang selesa mengenakan penampilan sut perniagaan yang kemas dan bertali leher berbanding memakai pakaian tentera sama ada dalam sesi secara langsung mahupun potret rasmi yang tersebar di merata-rata Damsyik.

Tatkala Syria dicengkam kemuncak krisis peperangan, Assad tetap percaya akan menumpaskan pemberontakan yang menurutnya adalah angkara ‘pengganas’ untuk menggulingkan beliau dengan bantuan negara Barat dan Teluk Arab.

Seorang wartawan yang pernah bertemu Assad beberapa kali sebelum dan selepas peperangan tercetus pada 2011, memberitahu AFP bahawa Presiden itu adalah ‘figura yang unik dan kompleks’. – AFP

Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Penyiaran) – Nurshazlin Shahrom

_____________________

*Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, sebelum ini berjaya membina dan menggali 17 buah telaga di Syria atas infaq orang ramai.

Wakaf telaga air itu berharga RM30,000 dan dimanfaatkan oleh anggaran seramai 200,000 orang di kawasan perkampungan pelarian.

*MAPIM Malaysia menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas ini kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:
– RM250 bantuan selimut
– RM600 saham wakaf rumah pelarian
– RM500 bantuan ubat-ubatan
– RM250 bantuan food pack 1 bulan
– RM250 bantuan alat pemanas
– RM500 wakaf saham bina sekolah #40
– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM
____
2 CARA MENYUMBANG
KE DANA BANTUAN KECEMASAN
MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)
_____
1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan
Menerusi Maybank
SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)
Akaun No : 562834636987

Related Articles

Back to top button