KesihatanSemasa

Bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM satu inovasi yang terbaik

KUALA LUMPUR : Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) & Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) membuat satu inovasi yang terbaik dengan menyediakan bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM puji wakil dari University Cyberjaya dan juga Universiti Islam Antarabangsa Kuantan yang turut hadir melihat sendiri gerak kerja sukarelawan yang bertugas menyantuni santuni penduduk-penduduk yang memerlukan pemeriksaan serta rawatan kesihatan.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM hari ini bertapak di Masjid Ibn Abbas selama dua hari iaitu pada 3 dan 4 Februari 2023.

Menurut Dr. Zabidi Hussin, pakar kanak-kanak dari University Cyberjaya, inovasi yang dilakukan ini adalah sangat baik untuk menumpukan lebih perhatian kepada golongan-golongan B40 dan sebagainya kerana rawatan yang diberikan adalah secara percuma.

“Kadang-kadang ada dalam kalangan penduduk tidak dapat ke hospital atas beberapa faktor, jadi bila kita dapat pergi ke tempat mereka bagi memberikan rawatan, ini dapat memudahkan lagi penduduk untuk menerima rawatan,” kata Dr. Zabidi Hussin

Untuk hari pertama program bas double decker Mobile Clinic MAIWP-MAPIM ini diadakan, lebih 50 orang pesakit telah hadir untuk mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kesihatan.

“Saya sangat berterima kasih kepada MAIWP dan MAPIM kerana ini merupakan kali kedua program Mobile Clinic MAIWP-MAPIM kunjungi penduduk-penduduk di sekitar Masjid Ibn Abbas,” kata salah seorang pesakit, Abdul Bakar, 67.

Mobile Clinic MAIWP-MAPIM akan meneruskan lagi khidmat perubatan dan rawatan kesihatan secara percuma bagi menyantuni penduduk yang memerlukan rawatan kesihatan.

Orang ramai yang ingin mendapatkan pemeriksaan serta rawatan kesihatan secara percuma boleh hadir ke Masjid Ibn Abbas esok Sabtu,  4 Februari 2023 dari 10 pagi hingga 3 petang.

BACA JUGA
Agong berkenan merasmikan Karnival MAIWP 2023

Related Articles

Back to top button