RAMALLAH : Pemimpin Palestin, Mahmoud Abbas, menyelar pendirian Barat yang senyap berkenaan kekejaman Israel di Palestin namun lantang menghukum Russia kerana menyerang Ukraine.
Mahmoud menyuarakan kekecewaannya kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken, yang mengunjunginya di Tebing Barat semalam.
“Dunia kelihatan begitu lantang mengkritik Russia yang melancarkan serangan terhadap Ukraine sejak 24 Februari lalu, sedangkan isu rakyat Palestin yang telah menjadi mangsa kekejaman Israel puluhan tahun lamanya masih diabaikan, sekaligus membuktikan sikap pilih kasih dan berat sebelah Barat, terutamanya Eropah dalam isu ini.
“Tiada siapa pun yang berani tampil menuduh Israel bertanggungjawab dan bertindak berlandaskan undang-undang walaupun terdapat jenayah penjajahan Israel yang membawa maksud pembersihan etnik dan penindasan kaum,” katanya.
Sebelum ini Pihak Berkuasa Palestin yang diketuai oleh Mahmoud menimbulkan kemarahan diplomat Barat kerana tidak mengecam serangan Russia ke atas Ukraine.
– AGENSI
MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.
Klik :
http://tabunggaza.com
ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :
5628 3463 6620
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia