Semasa

Bapa Mufti Perlis meninggal dunia

SHAH ALAM – Bapa Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA meninggal dunia pada petang Rabu.

Perkara tersebut dimaklumkan olehnya di laman sosial Instagram.

“Ayahanda saya baru meninggal. Doakan keampunan untuk beliau,” katanya ringkas.

Pada Januari lalu, Dr Mohd Asri memaklumkan bahawa bapanya sekali lagi  menghidapi strok selepas beberapa hari menerima dos ketiga vaksin Covid-19, maklumnya di Instagram.

“Ayahanda saya sudah lebih seminggu di hospital. Selepas dos ketiga, beliau mula muntah dan menjadi sangat lemah. Menurut doktor, beliau terkena sekali lagi strok di bahagian yang sensitif di kepala.

“Punca masih tidak jelas. Apakah ada kaitan dengan dos penggalak atau tidak? Saya tidak pasti. Hanya pakar yang dapat menjelaskan,” katanya.

Beliau juga turut menceritakan sebuah kisah menyayat hati mengenai anak sahabatnya  yang sihat sahaja, namun meninggal dunia secara mengejut selepas menerima suntikan dos ketiga vaksin.

Menurut kenyataan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan berhubung kejadian kesan advers (mudarat) susulan imunisasi atau AEFI yang melibatkan bapa Dr Mohd Asri.

-Agensi

Oleh Azrina Amri – Wartawan Pelatih Ummah Today

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button