BanjirSemasa

Bapa laung azan di lokasi anak dihanyutkan

KUANTAN : Kejadian yang menyayat hati menyaksikan seorang bapa melaungkan azan di lokasi anaknya yang hanyut bersama kereta dibawa arus deras di jalan pintasan Cempaka.

Foto Facebook Awani Bin Pahang

Berdasarkan perkongsian Facebook Awani Bin Pahang, mangsa bersama seorang rakannya dalam perjalanan pulang dari Kuantan ke Kuala Pahang  telah dihanyutkan arus yang terlalu deras pada tengah malam semalam.

Dikhabarkan, rakan mangsa sempat menyelamatkan diri dengan memecah cermin belakang kereta.

Bagaimanapun, mangsa gagal menyelamatkan diri.

Foto bomba sedang berusaha menarik kereta mangsa yg tenggelam didalam sungai Kg Cempaka

Kini dilaporkan, mangsa yang hanyut telah berjaya ditemui sekitar jam 7 pagi.

Mangsa ditemui berada lima kilometer dari lokasi kejadian.

 

 

Related Articles

Back to top button