BanjirKerohanianSemasa

Bantu mangsa bencana pupuk sifat ikhlas dalam diri

Oleh : Khai – Wartawan Pelatih Ummah Today 

Ikhlas bererti melakukan sesuatu amalan atau kebajikan untuk mendapat reda Allah SWT. Tanpa roh ikhlas, sesuatu amalan menjadi sia sia.

Umar al-Khattab meriwayatkan Nabi SAW bersabda:

“Sesungguhnya setiap amalan disertai niat. Dan sesungguhnya setiap orang hanya akan mendapatkan apa dia niatkan. Sesiapa hijrahnya untuk mendapatkan dunia atau untuk wanita ingin dia nikahi, maka hijrahnya kepada apa dia hijrah kepadanya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ikhlas itu jelas terlihat semasa bencana banjir yang berlaku baru-baru ini. Di mana rakyat Malaysia mampu bersatu teguh dan saling membantu sesama insan walaupun berbeza kaum dan agama.

As flood water rises, Malaysian leader faces storm of criticism - Nikkei Asia

Selain wang ringgit, sumbangan berupa makanan, pakaian, dan pakaian diberi oleh rakyat Malaysia ketika bencana berlaku. Selain itu, pelbagai organisasi yang membantu membersihkan rumah yang terjejas akibat banjir.

Allah SWT akan mempermudahkan urusan hamba-Nya mempermudahkan urusan orang lain dalam kesusahan di dunia dan di akhirat seperti dirakam dalam Sahih Muslim.

Oleh itu, kita perlu kuatkan iman dan pedoman diri agar dapat mengelakkan pengharapan kepada pujian serta sanjungan manusia.

Justeru, perlu ingat sentiasa jangan kita mengambil kesempatan seperti mengejar populariti, memasarkan produk ketika membantu mangsa banjir.

Kerap berdoa semoga Allah SWT agar memberikan rahmat-Nya dan menyumbanglah dengan ikhlas agar Allah memberi pentunjuk kepada hati kita.

Related Articles

Back to top button