Semasa

Bantahan Keras Terhadap Keputusan India Mengharamkan Produk Halal.

Shah Alam, Selangor – Dalam sebuah kenyataan media yang diumumkan hari ini, Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Mohd Azmi Abdul Hamid, menyuarakan bantahan keras terhadap tindakan India yang mengeluarkan peraturan kontroversi mengharamkan produk yang mempunyai sijil halal.

Tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa Uttar Pradesh, yang menyifatkan sijil halal sebagai menyalahi undang-undang, dianggap sebagai satu bentuk diskriminasi yang merugikan hak masyarakat Islam di negara tersebut.

MAPIM mempersoalkan motif disebalik keputusan India , apakah penggunaan label halal benar-benar menimbulkan kekeliruan mengenai kualiti barangan, sebagaimana yang didakwa oleh pihak berkuasa India.

Presiden MAPIM juga mengecam tindakan Keselamatan dan Piawaian Makanan India (FSSAI) yang mengharamkan penggunaan label halal, dan menyokong pengkritik yang menyatakan India mempunyai agenda untuk memecah belahkan penduduk Islam di negara itu.

Beliau menegaskan bahawa hak golongan Islam di India terus dinafikan, dan menyeru India untuk menarik balik peraturan tersebut serta memelihara hak orang Islam di negara tersebut.

Sebagai tindakan lanjut, MAPIM mengumumkan sokongan kepada kemungkinan boikot ke atas India oleh negara-negara Islam di seluruh dunia jika tindakan diskriminatif terhadap umat Islam terus dilaksanakan.

Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid menyuarakan ketidakpuasan dan keprihatinannya terhadap keputusan India yang mengharamkan produk halal, Mohd Azmi menyifatkan tindakan tersebut sebagai bentuk diskriminasi terhadap masyarakat Islam. Tegasnya lagi, pentingnya mengekalkan amalan perdagangan antarabangsa dan menghormati hak asasi manusia secara global. Beliau juga mengajukan pertanyaan kritis mengenai dakwaan India mengenai sijil halal yang dianggapnya sebagai satu langkah yang menindas hak masyarakat Islam di negara itu.

Presiden MAPIM  menekankan perlunya masyarakat antarabangsa bersatu dalam mengekalkan amalan perdagangan yang adil dan menghormati hak asasi manusia. Beliau menyeru India untuk mengkaji semula keputusannya demi memastikan perlindungan hak masyarakat Islam, dan menghindari tindakan yang dapat merosakkan hubungan antarabangsa. MAPIM juga menekankan pentingnya menjalin kerjasama yang saling menguntungkan di antara semua negara, tanpa mengorbankan hak dan martabat setiap individu.

Related Articles

Back to top button