SemasaSyariah

Bantah kajian jantina ketiga

Suhakam cuba menormalkan jantina ketiga, YADIM bantah

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menentang usaha kajian jantina ketiga oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Yang Dipertuanya, Nasrudin Hassan berkata, kajian jantina ketiga jelas mendorong ke arah kehidupan yang menyalahi undang-undang Islam dan berlawanan dalam norma budaya hidup orang kita.

Nasrudin berkata, pastinya usaha sedemikian membuka ruang dan peluang kepada lebih banyak perbuatan mungkar seperti Lesbian, Biseksual, Gay dan Transgender (LGBT) di negara ini yang membawa kerosakan serta keruntuhan institusi keluarga.

“Cara hidup yang bertentangan dengan fitrah asal kejadian manusia ini adalah sangat bertentangan dengan pegangan semua agama yang dianuti oleh rakyat di negara ini. Justeru, sebarang bentuk usaha mengiktirafnya hanya menatijahkan kepada runtuhnya kerukunan sistem sosial di Malaysia selain menambah kepada kebobrokan nilai dan akhlak,” – Nasrudin Hassan / Yang Dipertua Yayasan Dakwah Iskamiah Malaysia

Suhakam dalam laman Facebooknya semalam menyatakan suruhanjaya itu mencari penyelidik untuk kajian Feasibility Of Having Legislation On The Recognition Of A Third Gender In Malaysia.

Katanya dalam hal ini, Yadim menyeru Suhakam lebih peka dengan keadaan semasa dan berpendapat lebih banyak isu lain yang boleh diketengahkan untuk perjuangan suruhanjaya berkenaan.

Walaupun Suruhanjaya itu adalah sebuah badan bebas, namun sebagai entiti yang diwujudkan dan didanai oleh kerajaan, Suhakam sewajarnya sensitif terhadap pendirian Kerajaan Malaysia yang jelas tidak menyokong budaya hidup songsang itu sepertimana yang dizahirkan dalam kenyataan bersama-sama 57 buah negara lain dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2008 lagi.

“Adalah lebih baik Suhakam turut sama dalam usaha membantu negara yang kini sedang bergelut menangani COVID-19 serta menyediakan pelan pemulihan pasca pandemik berbanding menjalankan kajian yang langsung tidak berfaedah kepada negara. Suhakam juga perlu menyedari bahawa usaha ini mempunyai implikasi kepada perundangan Islam di negara ini yang terletak di bawah kuasa Raja-Raja Melayu,”

Menurut hadis, Ibn ‘Abbas R.Anhuma dalam sabda Baginda SAW: Nabi SAW telah melaknat lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.

Dipetik dari: https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/1820-siri-5-isu-transgender-tasyabbuh-atau-penyerupaan-hukumnya-edisi-kemaskini

Oleh : Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi. 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button