Banjir

Banjir Pahang mungkin seminggu lagi

Sungai Pahang masih di paras bahaya!

PAHANG : Banjir yang sedang melanda Pahang dijangka bakal berlarutan sekurang-kurangnya seminggu lagi ekoran Sungai Pahang masih berada pada paras bahaya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Norhafifi Ismail berkata, pemantauan udara mendapati Sungai Pahang yang merupakan saliran utama di negeri tersebut masih jauh daripada paras normal.

“Biasanya kalau banjir, air akan memasuki sungai seterusnya menuju ke laut sebelum surut namun ia tidak berlaku di Pahang buat masa ini. Sungai Pahang sendiri masih melimpah menyebabkan air yang terdapat di kawasan-kawasan banjir tidak dapat surut kecuali diserap secara perlahan-lahan,” – Timb. Ketua Pesuruhjaya Operasi APM Norhafifi Ismail

Terdahulu beliau melawat Bilik Gerakan Bencana Terengganu hari ini.

Menurut Kosmo Online, Norhafifi berkata, hujan yang masih berterusan di sebahagian kawasan terjejas banjir di Pahang juga menyebabkan Sungai Pahang sukar kembali ke paras normal pada masa terdekat.

Ujar beliau, senario yang sedang berlaku di Pahang pada masa ini boleh dikatakan sebagai ‘banjir termenung’.

“Kita berharap agar hujan (di Pahang) kembali reda pada minggu ini agar tidak menyumbang kepada penambahan air di dalam sungai, (sekali gus) membolehkan paras sungai kembali normal,” katanya.

Sementara itu berikut, kesan-kesan banjir di Pahang yang disifatkan penduduk lebih buruk daripada kejadian pada tahun 2014.

Pusat dialisis di Kuantan yang dilaporkan rosak teruk.
Perpustakaan awam di Maran yang kerugian buku-buku yang rosak sama sekali.

Sebuah rumah di Mentakab yang baru surut air banjir
RELA membersihkan Sek Agama Darul Naim, Temerloh

____________________

* Mangsa banjir baru-baru ini pastinya ada yang hilang segala-galanya, sama-sama kita rasai derita mereka dengan menginfaqkan sedikit sumbangan buat mereka.

MAPIM Malaysia melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Banjir dan activate Emergency Response Task Force untuk menyelia perkembangan, mengurus bantuan semasa dan pasca banjir di beberapa negeri yang terkesan teruk dengan banjir.
Berikut adalah bantuan yg bakal disalurkan:
– 10,000 kotak bantuan makanan
– 10,000 hygience box
– 10,000 kit solat
– Food Truck Makanan Panas utk petugas dan mangsa
– Double-Decker Mobile Clinic utk rawat mangsa dan mereka yg memerlukan
– double decker bas membawa 80 aktivist MAPIM
– Team pasca banjir utk bersihkan kawasan/rumah
– Bantuan lain mengikut keperluan semasa dilapangan
Dianggarkan Dana kilat yang diperlukan adalah RM1,500,000 untuk Misi Bantuan Dan Pasca Banjir. MAPIM merayu infaq dan bantuan segera agar bantuan dapat digerakkan lebih meluas dan memberi manfaat seramai mungkin
Sumbangan boleh disalurkan menerusi
atau
menerusi Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263-540066

 

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button