BanjirSemasa

Banjir membadai 3 daerah di Aceh Selatan

Pasukan penyelamat dalam kesiagaan menghadapi bencana lebih buruk akibat hujan lebat berterusan.

BANDA ACEH: Hujan lebat pada Rabu dan Khamis mencetuskan bencana alam di daerah Aceh Selatan serta Aceh Besar ditenggelami banjir, manakala Aceh Jaya dilanda tanah runtuh.

Ketua Badan Penanggulangan Bencana Aceh (BPBA) Ilyas Yunus berkata, hujan di Aceh Selatan menyebabkan sejumlah kampung di Mukim Samadua dan Tapaktuan dilanda banjir, rumah penduduk dinaiki air sehingga 1 meter.

“Di Tapaktuan, rumah seorang penduduk tertimbus tanah runtuh. Manakala di Samadua, jalan tersumbat akibat tanah runtuh. Jumlah mangsa masih dikumpul dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.” kata Ilyas.

Beberapa penduduk mula berpindah ke lokasi selamat, seperti pejabat kampung atau rumah saudara mara.

Manakala di Aceh Besar, banjir melanda 4 kampung di Daerah Lhoong. Air menenggelami jalan raya sehingga ketinggian 50 sentimeter. Namun, kenderaan beroda empat masih boleh melepasinya.

Di kawasan Gunung Geurutee, air deras dari tebing menyebabkan pemandu perlu berhati-hati.

Ilyas berkata, hujan lebat di Aceh Jaya menyebabkan tanah runtuh di tepi jalan di Kampung Gle U, Daerah Indra Jaya. Jalan tersebut menghubungkan Banda Aceh-Aceh Jaya-Aceh Barat. Akibat tanah runtuh, aliran pengangkutan terbantut.

Pasukan BPBD daerah dan bandar telah bersiap sedia dalam kesiagaan menghadapi bencana lebih buruk akibat hujan lebat berterusan. – Kompas

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button