Derna – Datuk Bandar Derna, Abdulmenam al Ghaithi memberitahu televisyen milik Arab Saudi lewat Rabu, anggaran angka kematian di bandar itu boleh mencecah 18,000 hingga 20,000 orang berdasarkan jumlah daerah yang musnah akibat banjir. Di mana mayat-mayat yang ditutup kain membarisi jalan-jalan yang musnah.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menjanjikan bantuan $10 juta untuk mangsa yang terselamat, termasuk sekurang-kurangnya 30,000 orang yang kehilangan tempat tinggal di Derna.
Mangsa yang terselamat telah menggali runtuhan bangunan yang berlumpur untuk mengeluarkan mayat, yang berpuluh-puluh daripadanya terbaring di tempat terbuka sebelum dikebumikan di kubur besar.
Jumlah kematian yang disahkan mencecah 3,840 menjelang petang Rabu, kata Leftenan Tarek al Kharraz, jurucakap Kementerian Dalam Negeri kerajaan yang berpangkalan di timur.
Angka itu termasuk 3,190 mangsa yang sudah dikebumikan dan sekurang-kurangnya 400 warga asing, kebanyakannya dari Sudan dan Mesir, kata Kharraz kepada agensi berita AFP, sambil menambah 2,400 orang masih hilang.
Tamer Ramadan dari Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah berkata pada hari Selasa “angka kematian adalah besar” dan berkemungkinan meningkat.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI