RANTAU PANJANG: Limpahan air Sungai Golok yang bertembung dengan Sungai Lancang menyebabkan kawasan rendah digenangi air setinggi 0.4 meter. Hari ini (Isnin), air Sungai Golok masih diparas berjaga-jaga iaitu sekitar 8 meter.
Kawasan rendah yang berada disekitar tebing Sungai Golok di Rantau Panjang seringkali dilanda banjir apabila berlakunya peningkatan paras air.
Pihak Angkatan Pertahanan Awam (APM) Rantau Panjang kini melakukan pemantauan sekitar Sungai Golok, Kampung Tok Deh dan Kampung Teresang.
“Hingga kini, pemantauan masih diteruskan dan tindakan memindahkan penduduk akan diambil jika keadaan didapati berbahaya kepada mereka. Orang awam diminta supaya lebih peka dan berhati-hati dengan keadaan cuaca yang tidak menentu dan berpindah ke tempat yang selamat jika paras air mula naik.” pesan Kolonel (PA) Mohd Azhar Bin Mujab, Pengarah Pertahanan Awam Negeri Kelantan dalam satu kenyataan.
Pada Jumaat, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka yang menempatkan 17 mangsa banjir melibatkan 5 keluarga di Kampung Gual Tok Deh.
APM Rantau Panjang telah memulakan pemantauan dan persiapan banjir bagi menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) sepanjang minggu ini.
Turut bersama siapa siaga adalah Pengarah Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, Tuan Hj Nik Mohamed Noor Bin Nik Ishak Dan Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia.
Beberapa kawasan yang berisiko telah dikenal pasti dan pemantauan berkala telah dijalankan bagi memastikan penduduk dipindahkan jika berlaku banjir.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038