BanjirSemasa

Banjir kilat: Satu PPS dibuka di Hulu Terengganu

KUALA TERENGGANU: Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 43 mangsa banjir kilat di Hulu Terengganu, malam ini.

Kredit foto IPD Hulu Terengganu

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataan memaklumkan PPS Balai Raya Kampung Hulu Kemat itu menempatkan 15 keluarga setakat 10 malam.

Penduduk berkenaan dipindahkan susulan kediaman mereka dinaiki air secara mengejut sejak 6 petang Khamis.

Anggota polis dari Ibu Pejabat Daerah Hulu Terengganu melaporkan telah membuat rondaan pemantauan di lokasi PPS Balai Raya Kampung Kemat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.

“Tujuan lawatan dan pemantauan adalah menyantuni dan berjumpa dengan mangsa bencana banjir di PPS bagi memastikan semua mangsa bencana banjir berada dalam keadaan baik dan selamat,” jelas Inspektor Hasnida yang mengetuai anggota MPV Polis IPD Hulu Terengganu.

Polis Daerah Hulu Terengganu turut menasihati penduduk supaya sentiasa mengikut SOP yang telah ditetapkan sepanjang berada di Pusat Pemindahan Sementara serta memberi kerjasama dengan para petugas.

BACA JUGA
Banjir di Kelantan beransur pulih, sukarelawan sedia bantu panca banjir

MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066

atau klik ke www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button