BanjirSemasa

Banjir kilat landa Sepang, Putrajaya

SEPANG: Hujan berterusan sejak 2 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di Sepang dekat sini dan Putrajaya dilanda banjir kilat.

Seorang penduduk Dengkil, K. Ramadass ketika dihubungi Bernama berkata antara kawasan terjejas ialah Sekolah Kebangsaan Dengkil, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Kampung Ampar Tenang.

Beliau berkata terdapat kawasan perumahan turut dinaiki air lumpur yang menenggelamkan hampir separuh kereta.

Laman Facebook My Dengkil dan Sepang Viral turut berkongsikan maklumat kawasan terjejas termasuk Jalan Jenderam-Salak Tinggi yang mengalami kesesakan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button