JOHOR BAHRU: Banjir kilat yang melanda beberapa lokasi daerah ini petang Isnin menyebabkan kira-kira sebanyak 40 rumah dinaiki air.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah bagaimanapun memaklumkan, setakat ini belum ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa yang terjejas.
Kejadian dipercayai berpunca daripada hujan lebat melebihi dua jam sejak pukul 5:30 petang selain masalah sistem perparitan menyebabkan aliran air tersekat.
“Dua lokasi penempatan penduduk yang dinaiki air ialah Jalan Keris Dua di Taman Sri Tebrau melibatkan 40 buah rumah, manakala tiga rumah di Kampung Kurnia, Larkin,” demikian menurut jawatankuasa berkenaan dalam satu kenyataan, malam ini.
Kejadian banjir menyaksikan paras air melebihi 0.5 meter turut melanda beberapa jalan di pusat bandar ini.
Terdahulu, MetMalaysia mengeluarkan amaran, ribut petir akan dialami oleh kebanyakan tempat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, selama tiga hari bermula hari ini hingga Rabu.
MetMalaysia dalam kenyataannya, memaklumkan pagi ini hujan dialami di satu dua tempat di Pulai Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan pantai di Kelantan, Terengganu dan Johor.
Pemantauan berterusan masih dibuat agensi penguatkuasaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Antara kawasan yang mula dilanda banjir kilat ialah di Sanctuary Garden, Tebrau dan Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru mengakibatkan beberapa kenderaan turut ditenggelami air.
Banjir kilat lewat petang tadi di Southkey Tebrau, Johor Bahru.
Kredit: Caster pic.twitter.com/pqRLpm0pV2
— 🇲🇾Bencana2022🇲🇾 (@bencanamalaysia) November 7, 2022
Beberapa kenderaan peribadi milik penduduk di kawasan terlibat tidak sempat diselamatkan, sementara premis perniagaan turut terjejas akibat dinaiki air.
Antara kawasan turut terjejas ialah Kampung Melayu Majidee, yang dilaporkan kerap dilanda banjir kilat turut mengalami nasib yang sama.
Sementara itu sehingga jam 11 malam ini, paras air Sungai Skudai di stesen penyukat di Parit keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru menunjukkan paras air melepasi tahap amaran apabila mencatat bacaan 0.79 meter (m) berbanding -0.30m paras normal.
MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa banjir melalui sumbangan infaq menerusi
Akaun Maybank
562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038