BanjirSemasa

Banjir kilat: 2 PPS dibuka di daerah Sepang

Menempatkan seramai 103 mangsa daripada 29 buah keluarga

SEPANG: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka semalam berikutan Kampung Ampar Tenang dan Kampung Sri Tanjung di Daerah Sepang dinaiki air sejak 2 petang Selasa.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Selangor melaporkan 2 PPS di Dewan Taman Gemilang dan Dewan Orang Ramai di Dengkil menempatkan seramai 103 mangsa daripada 29 buah keluarga.


Terdahulu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis memaklumkan terdapat insiden ban pecah berlaku susulan hujan lebat di Kampung Ampar Tenang yang menyebabkan terdapat limpahan air daripada projek perumahan berhampiran.

Katanya kejadian tersebut menyebabkan berlaku banjir dengan kedalaman air setinggi 1.22 meter yang menjejaskan 10 buah rumah.

“Semua penghuni terdiri daripada 18 keluarga telah berpindah ke tempat selamat lebih awal dan pihak bomba terus membuat pemantauan serta membantu penduduk di lokasi,” katanya dalam kenyataan.

Pihak APM turut menasihatkan penduduk agar sentiasa peka dan patuh dengan nasihat agensi-agensi pengurusan bencana sepanjang musim tengkujuh ini.

MAPIM MALAYSIA DALAM SIAP SIAGA UNTUK MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button