BanjirSemasa

Banjir Johor: 194 mangsa ditempatkan di 4 PPS

Dua daerah menjadi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) adalah Batu Pahat & Pontian.

JOHOR BAHRU: Seramai 194 mangsa banjir daripada 59 keluarga masih ditempatkan di 4 pusat pemindahan sementara (PPS) di dua daerah di negeri ini setakat 8 pagi Isnin.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataannya memaklumkan, dua daerah yang terbabit adalah Batu Pahat dan Pontian.

“Dua PPS di Batu Pahat adalah Sekolah Agama Seri Bengkal dan Sekolah Kebangsaan Bintang Peserai, manakala dua lagi PPS di daerah Pontian adalah Pusat Kokurikulum Johor, Sungai Tempayan dan Sekolah Agama Kayu Ara Pasong,” menurut kenyataan itu.

JPBD memaklumkan sembilan kawasan di daerah terlibat dilaporkan terjejas akibat banjir kilat berikutan hujan lebat bermula pada 6:30 pagi pada Ahad.

Antara kawasan terjejas adalah Kampung Seri Bengkal dan Kampung Bintang Peserai di Batu Pahat dan Kampung Sungai Mulih, Pekan Nenas; Kampung Parit Sapran; Kampung Parit Haji Omar; Jln Mohsin, Kayu Ara Pasong; Kampung Parit Haji Siraj; Parit Lapis, Kayu Ara Pasong serta Kampung Parit Abdul Rahman di Pontian.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

atau layari www.bantuummah.com

HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button