BanjirDomestikSemasa

Banjir : 47 pusat pemindahan masih buka di Pahang

KUANTAN: Banjir teruk yang berlaku di Pahang memberi kesan buruk kepada penduduk di negeri itu sehingga ada yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) untuk penempatan sementara.

Dalam pada itu, sebanyak 47 pusat PPS masih dibuka di Pahang yang menempatkan 1,820 mangsa daripada 549 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), memaklumkan bahawa jumlah itu membabitkan mangsa banjir daripada sembilan daerah iaitu Pekan, Temerloh, Raub, Lipis, Bera, Maran, Rompin, Jerantut dan Kuantan.

Sementara itu, rekod bacaan melepasi paras bahaya bagi tiga sungai di Pahang, masing-masing satu di Jerantut, Bera dan Pekan setakat jam 8 pagi ini.

Menurut laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), sungai terbabit seperti Sungai Pahang di Paya Gintong, Jerantut dengan rekod bacaan 45.20 meter (m) berbanding paras bahaya 45m.

Sungai lain yang turut melepasi paras bahaya ialah Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang, Bera dengan catatan 32.96m berbanding 30.50m dan Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini, Pekan dengan bacaan 16.21m berbanding 14.90m.

Selain itu, enam sungai lain mencatatkan bacaan melebihi paras amaran manakala paras waspada pula membabitkan sembilan sungai.


MAPIM MALAYSIA LANCAR MISI BANTUAN KECEMASAN BENCANA BANJIR

Semua upaya sudah kita lakukan. Pelan kecemasan sudah kita lakarkan. Tindakan awal juga sudah kita gerakkan.

Namun ia masih belum mencukupi. Banyak kawasan yang selama ini ‘selamat’ juga sudah dinaiki air.

Mangsa banjir merayu sumbangan rakyat Malaysia bagi meringankan beban mereka.

Sama-sama kita bantu. Ini kecemasan, perlu disegerakan.

#misiummahbantuummah #365hariuntukummah

AYUH KITA LAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB BERSAMA UNTUK UMMAH MAPIM

Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan kesusahan.

Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi

Akaun Maybank

562263540066

TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM

HOTLINE MAPIM MALAYSIA

Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038

Oleh Faiz Danial – Wartawan Pelatih Ummah Today

Related Articles

Back to top button