KOTA BHARU: Sejumlah 10 sungai utama di Kelantan telah melepasi paras bahaya membabitkan 6 jajahan iaitu Kuala Krai, Jeli, Tanah Merah, Pasir Mas, Tumpat dan Bachok setakat pukul 1 tengah hari ini.
Berdasarkan laman web Public Info Banjir, sungai terbabit yang melepasi paras bahaya adalah tiga sungai di Kuala Krai iaitu Sungai Lebir di Kampung Tualang dengan bacaan 39.40 meter (m), Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.19 m) dan Sungai Nal di Kampung Sungai Nal (29.24 m).
Selain itu, masing-masing dua sungai di Jeli dan Tanah Merah turut merekodkan bacaan paras bahaya iaitu Sungai Pergau di Jambatan Jerimbong, Kuala Balah (55.76 m), Sungai Lanas di Air Lanas, Jeli (29.72 m) serta Kampung Jenob (24.97 m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (25.08 m).
Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas (10.70 m), Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (3.00 m) dan Jambatan Melor, Bachok (9.87 m) turut merekodkan bacaan paras bahaya.
Sementara, paras air Sungai Kelantan di Tambatan Diraja, Kota Bharu (3.44 m) dan Kampung Pulau Lima, Pasir Puteh (2.73 m) berada pada paras waspada.
Bersama kami membantu mangsa yang terkesan akibat banjir melalui sumbangan infaq menerusi
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
Akaun Maybank 562263540066
atau layari www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
Jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038