DuniaSemasa

Bangunan pencakar langit 42 tingkat di China musnah dijilat api

BEIJING : Sebuah bangunan pencakar langit setinggi 42 tingkat yang terletak di wilayah Hunan, China hangus dijilat api pada Jumaat.

Menurut laporan media antarabangsa, pihak berkuasa bandar Changsha memaklumkan api berjaya dipadamkan pukul 4.20 petang (waktu tempatan) semalam.

Jabatan bomba Hunan berkata dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 3.48 petang (waktu tempatan).

Video yang tular di media sosial menunjukkan api menyambar dan marak membakar bangunan pejabat firma telekomunikasi, China Telecom yang berketinggian 218 meter itu.

Walau bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan setakat ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Changsha menghantar kira-kira 280 anggota bomba dan 36 jentera bomba ke lokasi kejadian di bandar Changsha untuk mengawal kebakaran itu. .

Siasatan awal mendapati dinding luar bangunan itu terlebih dahulu terbakar sebelum api merebak ke seluruh bangunan.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button