DuniaSemasaSyria

Bangkai ikan tercemar dijual sebagai ikan beku ke Syria

Penyeludup ambil kesempatan

Bertan-tan bangkai ikan tercemar, diseludup masuk ke Syria untuk dijual balik sebagai ikan beku.

Media Lubnan melaporkan 40 tan bangkai ikan berkenaan hanyut dari tebing Sungai Litani, berdekatan tasik Qaraoun, disebabkan pencemaran dan jangkitan selama bertahun-tahun.

Penyeludup kemudian membungkusnya untuk mendapat imbuhan semula dengan menjual ikan tercemar berkenaan dan menghantar ke Syria sebagai ikan beku.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Perlindungan Pengguna Syria, Talal Al-Barazi. Sumber – Sanaa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Perlindungan Pengguna Syria, Talal Al-Barazi, memerintahkan kawalan lebih ketat terhadap kegiatan menyeludup ikan berkenaan. Kerjasama daripada pemantau isu-isu pengguna juga dikerah sama menguji ikan yang dijual di pasar-pasar awam. Langkah itu bagi memastikan kepatuhan terhadap spesifikasi dan syarat kesihatan.

Kementerian itu tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan dan menghukum mereka yang melanggari undang-undang berkenaan.

Oleh: Muhammad Nasrul Haqim – Pelatih Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

*****Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia, MAPIM, menjemput sahabat peduli Ummah untuk sama menjayakan Misi Bantuan Khas Syria kerana kutipan Dana masih lagi berkurangan untuk sasaran RM6,000,000. Justeru berikut bantuan terdesak yg diperlukan:

– RM250 bantuan selimut

– RM600 saham wakaf rumah pelarian

– RM500 bantuan ubat-ubatan

– RM250 bantuan food pack 1 bulan

– RM250 bantuan alat pemanas

– RM500 wakaf saham bina sekolah #40

– RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM

____

2 CARA MENYUMBANG

KE DANA BANTUAN KECEMASAN

MISI RESCUE SYRIA (MAPIM)

1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX):

INFAQ SEKARANG ▶️ www.rayuansyria.com

ATAU

2. Salurkan Sumbangan  Menerusi Maybank

SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM)

Akaun No : 562834636987

URL : https://youtu.be/XkTyq-7e-YM

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button