DuniaSemasa

Banduan Muslim tidak diberikan makanan halal untuk berbuka puasa

Oleh: Izz Nazaruddin, wartawan pelatih

GEORGIA : Seorang banduan Muslim di Amerika Syarikat (AS) telah menyaman penjara di Georgia kerana tidak memberikan makanan halal dan ruang untuk berbuka puasa mengikut waktunya di bulan Ramadan.

Saman tersebut difailkan oleh Norman Simmonds yang diwakili Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mendakwa penjara daerah DeKalb membiarkan mangsa dan banduan Muslim kelaparan.

Pengarah undang-undang CAIR-Georgia, Javeria Jamil mengatakan penjara tersebut menahan mereka yang sedang melaksanakan ibadah puasa.

“​​​Pada ketika ini, Penjara DeKalb County pada dasarnya menahan orang Islam yang berpuasa dan meminta mereka memilih antara agama dan rezeki mereka,” kata beliau semasa sidang media semalam.

Dari permulaan Ramadan, Simmons membuat permintaan untuk diberikan makanan halal tetapi telah dinafikan kerana pihak penjara mahu melihat ketakwaan mangsa sebelum membenarkan pemberian makanan halal.

Mengikut tuntutan mangsa, penjara tersebut gagal untuk memberi makanan kepada Simmons dan banduan Muslim mengikut waktu yang sepatutnya untuk berbuka.

Sepanjang tiga hari semasa Ramadan mangsa tidak diberikan makan dan telah kehilangan ssebanyak 6 kilogram berat badan.

Keadaan ini sangat bahaya buat Simmonds kerana keadaan kesihatannya di mana dia mempunyai sejarah penyakit asma, hipertensi dan penyakit sendi degeneratif.

“Akibatnya, Simmonds tidak yakin sama ada dia akan makan setiap hari, berapa banyak dia akan makan, sama ada dia akan tidur dalam keadaan lapar pada waktu malam”

“Mangsa juga risau sama ada dia akan terlepas makan berturut-turut, dan apa kesan kelaparan terhadap fizikalnya dan kesihatan mental, psikologi, fisiologi dan emosi,” menurutnya.

Pengarah eksekutif CAIR-Georgia, Murtaza Khwaja berkata tiada jam dalam sel banduan membuatkan mereka tidak tahu waktu bermula puasa dan waktu tamatnya berpuasa.

“Orang Islam yang dipenjarakan ini tidak tahu bila mereka akan makan. Mereka tidak mendapat makanan tepat pada waktunya pada waktu pagi. Mereka tidak mendapat makanan tepat pada waktunya pada waktu petang,” kata Khwaja dalam satu sidang media.

Untuk rekod, lebih daripada 80,000 banduan Islam di seluruh AS telah bergelut untuk mendapatkan kemudahan dalam melaksanakan ibadah semasa dipenjarakan, walaupun undang-undang persekutuan mewajibkan semua banduan mempunyai akses yang sama tidak mengira agama.

Diterjemah dari: Middle East Eye

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button