JERTIH: Penduduk sekitar Hulu Besut, Terengganu menyifatkan situasi banjir pada ketika ini paling teruk dengan Bandar Jertih seolah menjadi sebuah pulau.
Menurut penduduk Jertih, Azman Nazeri di media sosial beberapa jam lalu, dia berharap akan ada lebih ramai badan bukan kerajaan (NGO) serta sukarelawan yang datang menyokong kerja-kerja agensi kerajaan untuk membantu penduduk di sana pada ketika ini.
Di Jertih juga, sebuah keluarga seramai 15 orang termasuk seorang warga emas berusia 90-an dan bayi tiga bulan turut dilaporkan melalui detik mendebarkan apabila terpaksa bergilir-gilir menaiki sampan kecil dan rakit untuk menyelamatkan diri ke tempat tinggi dalam kejadian banjir pada Ahad lalu.
Memetik sumber BERNAMA, Siti Noraslizawati Mohamad, 32, berkata dia bersama nenek, ibu, ayah, adik-beradik dan anak saudaranya menggunakan sebuah sampan gentian kaca bersaiz kecil dan rakit diperbuat daripada paip plastik untuk ke sebuah inap desa yang terletak kira-kira 500 meter dari rumah mereka.
“Air meningkat begitu cepat dan lebih tinggi pada Isnin menyebabkan ketiga-tiga rumah keluarga saya tenggelam mencecah bumbung dan semua barangan di dalam rumah tidak dapat diselamatkan”, imbas Siti Noraslizawati menceritakan detik cemas yang dialami dirinya serta keluarga.
BACA JUGA
Bantuan MAPIM Malaysia tiba tepat pada waktunya
MAPIM Malaysia Melancarkan Tabung Kecemasan Bencana Banjir Pantai Timur
MAPIM Malaysia dengan rendah hati merayu orang ramai untuk menghulurkan sumbangan kepada saudara kita yang diuji dengan musibah banjir serta menyokong kelangsungan misi bantuan kemanusiaan kami.
Sumbangan infaq boleh disalurkan menerusi
Akaun Maybank
TABUNG KEMANUSIAAN MAPIM
562263540066
atau klik ke www.bantuummah.com
HOTLINE MAPIM MALAYSIA
jika ada keluarga dan jiran yang sangat sangat terdesak seperti diatas, mohon maklumkan pada MAPIM Malaysia menerusi whatapps 0128002016 atau hotline 1300-888-038