GENEVA: Kerajaan Sweden mengumumkan pada Ahad negara itu ingin menghalang individu yang ‘cuba datang ke Sweden dan melakukan jenayah’ selepas insiden membakar Al-Quran, di Stockholm minggu lalu.
“Pada Mei tahun ini, kerajaan memutuskan untuk memperkenalkan semula kawalan sempadan. Kami jelas tentang sebab-sebabnya terutamanya peningkatan ancaman terhadap Sweden yang dikaitkan dengan peristiwa seperti demonstrasi sebelum ini yang menyaksikan Al-Quran dibakar,” lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan Kementerian Luar.
Menurut kenyataan itu, Kementerian Kehakiman telah diberi taklimat bagaimana polis Sweden mengatur kawalan di sempadan, berdasarkan peristiwa yang berkaitan dengan membakar kitab suci umat Islam itu pada Rabu lalu.
Semasa demonstrasi yang mendapat kebenaran pihak berkuasa penguatkuasa undang-undang Sweden, seorang lelaki berusia 37 tahun yang berasal dari Iraq yang dikatakan mempunyai hubungan dengan militia Syiah, dilaporkan mengoyak dan membakar naskhah Al-Quran ketika umat Islam menyambut Aidiladha.
Insiden itu berlaku di luar Stockholm Central Mosque dan mendapat kecaman meluas dari seluruh dunia, termasuk pihak berkuasa Iran.
BREAKING: Just arrived outside Sweden’s London Embassy, where local Muslims will protest against recent Eid day Quran burning
Numbers growing, stay tuned.. #Sweden #London #Quranburning #Quran pic.twitter.com/XZEuV8Llwh
— Robert Carter (@Bob_cart124) July 2, 2023
“Di Sweden, kebebasan bersuara mendapat perlindungan yang kuat. Tetapi ini tidak bermakna kerajaan menyokong setiap pendapat yang disuarakan. Perhimpunan awam yang mendapat kebenaran juga boleh menjadi polarisasi dan menyinggung perasaan“.
“…Demonstrasi itu juga memberikan kesan yang serius terhadap keselamatan dan ketenteraman dalaman Sweden”.
“Berdasarkan pengalaman kami, kedua-dua individu yang memulakan demonstrasi seperti ini dan individu yang bersedia untuk menggunakan keganasan melampau selalunya mereka ini datang dari negara lain,” menurut kementerian yang menjadikan kes warga Iran itu sebagai contoh.
Momika hanya mempunyai permit untuk tinggal sementara di Sweden.
Polis mempunyai hak untuk menghalang individu daripada memasuki Sweden jika mereka mengancam kepentingan awam.
“Penting untuk kita mempunyai kawalan sempadan yang berkesan,” menurut kementerian itu.
Pada Ahad, Kementerian Luar Sweden turut menghantar kenyataan bertulis kepada televisyen SVT.
“Kerajaan Sweden memahami bahawa tindakan Islamofobia yang dilakukan individu semasa demonstrasi baru-baru ini di negara itu mungkin menyinggung perasaan umat Islam,” menurut kenyataan itu.
Today an islamophobic rodent burnt numerous Quran in a masjid in Kabardino-Balkarian Republic, located in the North Caucasus.
Inspired by the actions of the extremist in Sweden, these criminals think they can be free to carry these actions out in muslim lands. pic.twitter.com/06zmtKxBPx
— Borz ⛰ 🐺 (@Borz4562) July 2, 2023
Kementerian mengutuk sekeras-kerasnya tindakan itu dan perbuatan berkenaan tidak mencerminkan pendirian kerajaan Sweden dalam apa cara sekalipun.
Selain itu, kementerian turut menyifatkan perbuatan membakar Al-Quran dan kitab suci lain sebagai provokasi eksplisit (dinyatakan dengan tepat dan jelas).
“Perkauman, xenofobia dan sikap tidak bertoleransi yang berkaitan tidak mempunyai tempat di Sweden atau Eropah,” menurut kementerian.
BACA JUGA
Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf