Bakar Al-Quran: Boikot Sweden jika tidak minta maaf
SHAH ALAM: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengutuk sekeras-kerasnyanya kerajaan Sweden yang telah membenarkan seorang individu membakar Al Quran di depan sebuah Masjid di Stockholm pada hari sambutan Aidiladha di seluruh dunia.
Menurut kenyataan Presiden MAPIM, Mohd Azmi Abdul Hamid atau Cikgu Azmi, perbuatan terkutuk itu adalah provokasi paling biadab dan umat Islam wajar melancarkan bantahan di seluruh dunia.
“Ini bukan kali pertama perbuatan biadab ini dilakukan di negara barat. Sebelum ini di AS dan Denmark pernah berlaku provokasi membakar Al Quran“.
“Pihak kerajaan Sweden jelas menunjukkan sikapnya bila perbuatan cabul itu dibenarkan atas nama kebebasan pendapat“.
“Kami menggangap penghinaan terkutuk ini sengaja dilakukan ketika umat Islam menyambut perayaan Eidul Adha bukan sahaja sebagai satu sikap Islamofobia akan tetapi adalah provokasi mencetuskan ketegangan antara penganut agama“, menurut beliau dalam satu kenyataan media.
Tambah Cikgu Azmi, kerajaan Sweden bertanggungjawab secara langsung terhadap tindakan bacul terbaru ini.
In a very foolish decision, a Swedish court allowed to burn copy of Quran outside a masjid on the day of Muslim Eid, in a new provocation & insult to Muslims. A step for which Sweden should be held accountable & at the very least,Turkey insists on preventing it from joining NATO. pic.twitter.com/kYSKjdnpT2
— د.عـبدالله العـمـادي (@Abdulla_Alamadi) June 28, 2023
Oleh kerana itu bagi beliau, negara Islam dan seluruh umat Islam berhak menyatakan pendirian membantah keras dan memberi respon tegas kepada Sweden.
“Kami berpendirian jika Sweden tidak memohon maaf dan menarik balik pendiriannya, perhubungan diplomatik dan perdagangun dengan Sweden hendaklah digantung“.
“Kami menuntut agar duta Sweden dipanggil oleh kerajaan Malaysia bagi menyatakan protes tegas kepada negara itu”, tegas beliau.
MAPIM menyarankan seluruh rakyat Malaysia merentas agama bersatu mengutuk Sweden dan menekan kerajaan tersebut agar memohon maaf dan menghukum individu yang membakar Al Quran di Stockholm itu sebagai penjenayah.
BACA JUGA
Malaysia gesa kerajaan Sweden henti tindakan provokatif bakar Al-Quran