Semasa
Ayam sejuk beku dirampas tidak patuhi syarat import
61,932 kilogram cuba diseludup dari Thailand
KUBANG PASU : Ayam sejuk beku seberat 61,932 kilogram yang cuba diseludup berjaya digagalkan.
Ayam berkenaan dipercayai tidak mematuhi syarat import dari Thailand dan dirampas di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), Bukit Kayu Hitam, Kedah Ahad lalu.
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Kedah, Lily Rosalind Paul berkata, hasil pemeriksaan rutin yang dilakukan pegawai Maqis ke atas sebuah kontena pada pukul 4:00 petang itu.
Rampasan itu menemukan 5,161 kotak keratan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM495,608 cuba dibawa masuk tanpa mematuhi syarat import.
βIa dipercayai datang dari pusat penyembelihan yang tidak diiktiraf dan meragukan,β Pengarah MAQIS Kedah / Lily Rosalind Paul
Difahamkan bekalan ayam sejuk beku itu untuk dipasarkan di negara ini.
Jelas beliau, kegagalan mengemukakan maklumat tersebut adalah menjadi suatu kesalahan di bawah Seksyen 15(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).