Semasa

Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor kembali ke Rahmatullah

Rakyat negeri Selangor zahir takziah

SHAH ALAM : AL-FATIHAH [KEMASKINI]

Allahyarham Abdul Rahman Baba, ayahanda Permaisuri Selangor kini selamat dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam, Seksyen 5 pada jam 2:45 petang tadi.

Jenazah selesai dikafankan di Masjid Sultan Salahuddindan dan tiba di perkarangan makam kira-kira jam 1:30 petang. Solat jenazah dilakukan di masjid sama selepas waktu zuhur.

Turut berangkat ke upacara pengebumian itu ialah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga bekas Menteri Besar Selangor; Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dan Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan turut hadir bersama.

Bapa Tengku Permaisuri Norashikin menghembuskan nafas terakhir di kediamannya yang terletak di Shah Alam pada jam 3:40 pagi tadi, bersamaan 8 Ramadan 1442 Hijrah.

Kemangkatan bapa Permaisuri Selangor, Allahyarham Abdul Rahman Baba, 89, dilaporkan meninggal dunia disebabkan sakit tua.

Berita pemergian Allahyarham dikhabarkan melalui laman Facebook, Selangor Royal Office tiga jam yang lalu.

Sementara itu, di laman Facebook rasmi , Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, mewakili rakyat negeri Selangor merafak sembah menzahirkan salam takziah buat seluruh keluarga Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj dan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Norashikin atas kehilangan ayahanda tercinta.

Mendoakan semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan dosa dan ditempatkan di kalangan mukmin yang soleh serta mendapat husnul khatimah. – Datuk Seri Amirudin Shari / Menteri Besar Selangor

Difahamkan Allahyarham akan dikebumikan di Makam Diraja Shah Alam seusai solat Zohor hari ini.

 

-Al Fatihah

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

Oleh : Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Penyiaran – Nurshazlin Shahrom.

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button