Semasa

Australia pendekkan tempoh menunggu dos vaksin penggalak

CANBERRA : Berikutan peningkatan kes varian Omicron, Australia akan memendekkan tempoh menunggu untuk suntikan vaksin penggalak Covid-19.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan bahawa setiap orang yang berumur 18 tahun ke atas akan menerima dos penggalak enam bulan selepas menerima vaksinasi dos kedua.

Bagaimanapun, disebabkan peningkatan dalam kejadian variasi Omicron, Menteri Kesihatan Australia Greg Hunt berkata bahawa masa selepas dos suntikan kedua akan diturunkan kepada lima bulan.

Menurut akhbar Herald Sun, inisiatif untuk meminimumkan selang masa bermakna kira-kira 1.5 juta orang layak untuk mendapatkan suntikan penggalak.

Lima bulan atau lebih selepas suntikan kedua, suntikan penggalak akan menjamin bahawa perlindungan suntikan asas adalah lebih kuat dan lebih teguh membantu dalam pembendungan virus.

Beliau menyatakan dalam satu kenyataan melalui e-mel bahawa data dari Israel mencadangkan suntikan penggalak menurunkan kadar jangkitan dalam lingkungan umur yang layak, penyakit serius bagi mereka yang berumur lebih dari 40 tahun dan kematian bagi mereka yang berumur lebih dari 60 tahun.

Australia akan menggunakan kedua-dua vaksin Pfizer dan Moderna dalam program suntikan penggalaknya,

Australia juga merupakan salah satu negara yang mempunyai kadar vaksinasi tertinggi dengan kira-kira 90% orang yang berumur 16 tahun ke atas telah menerima semua vaksin mereka.

New South Wales, negeri paling ramai penduduk mengalami penurunan kes baharu buat kali pertama dalam enam hari semalam dan melaporkan 485 jangkitan baharu berbanding 560 kes baharu sehari sebelumnya.

Menurut kerajaan Australia, terdapat 55 kes variasi Omicron di New South Wales selepas 10 kes disahkan semalam dan kes tambahan mungkin menunggu pengesahan ujian genom.

Sebanyak 1,069 kes direkodkan di Victoria, turun daripada 1,193 kes yang dilaporkan sehari sebelumnya.

-AGENSI

oleh Ummi Fatihah wartawan pelatih UiTM

Related Articles

Back to top button