“Aspek keselamatan dan pertahanan siber sentiasa dipantau” – ATM
Persediaan hadapi ancaman rangkaian komunikasi pertahanan
KUALA LUMPUR: Aspek keselamatan dan pertahanan siber Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa dipantau bagi memastikan segala ancaman yang mengganggu rangkaian komunikasi pertahanan dapat ditangani sewajarnya.
Dalam satu kenyataan media, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Dato’ Hj. Affendi Buang TUDP menjelaskan bahawa ATM sentiasa memantau dan mempertingkatkan aspek keselamatan siber dari semasa ke semasa melalui peranan yang digerakkan oleh Bahagian Siber dan Elektromagnetik Pertahanan (BSEP) serta CDOC.
“Ini berlanjutan tular arahan dan langkah sewajarnya yang perlu diambil oleh pentadbir sistem siber/Information Communication Technology (ICT) ATM dan Kementerian Pertahanan yang dikeluarkan oleh Pusat Operasi Pertahanan Siber ATM atau Cyber Defence Operation Center (CDOC),” – Panglima Angkatan Tentera / Jeneral Tan Sri Dato’ Hj. Affendi Buang
Langkah ini bukan sahaja memperkukuhkan rangkaian pemantauan dan pertahanan komunikasi ATM malah melindungi rangkaian komunikasi strategik pertahanan negara.
Walau bagaimanapun, arahan yang dikeluarkan itu adalah sebagai normal praktis kepada aspek peringatan, tindakan serta langkah-langkah sewajarnya yang perlu dilaksanakan oleh pentadbir sistem siber dalam menangani sebarang tindak balas serangan siber oleh anasir-anasir asing yang boleh menganggu pengoperasian sistem siber dan ICT ATM serta Kementerian Pertahanan.
Oleh Pelatih Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (Kewartawanan) – Hafeez Anuar