Seorang tentera israel telah berkongsi videonya melemparkan naskhah al-Quran ke dalam kebakaran di Gaza.
Klip yang dikongsi oleh Radio Tentera israel pada Khamis menunjukkan askar, Ishak Buznah, melemparkan kitab suci umat Islam ke dalam api. Bagaimanapun, tiada butiran diberikan mengenai bila dan di mana kejadian itu berlaku.
Penyiar itu berkata tentera israel telah melancarkan siasatan ke atas insiden itu.
Sejak melancarkan perang ke atas Gaza, tentera israel telah menyiarkan video yang mendokumentasikan tindakan rompakan, pembakaran, dan pemusnahan rumah, menyerang tahanan dan menulis grafiti kebencian di dinding rumah.
Tentera israel tidak mengumumkan tindakan terhadap tenteranya, hanya mengatakan bahawa tindakan mereka “bercanggah dengan nilai tentera.”
israel meneruskan serangan kejamnya ke atas Gaza walaupun resolusi Majlis Keselamatan PBB menuntut gencatan senjata segera.
Lebih 35,700 rakyat Palestin terbunuh di Gaza, sebahagian besarnya adalah wanita dan kanak-kanak, dan hampir 80,000 lagi cedera sejak Oktober lalu berikutan serangan kumpulan penentang Palestin Hamas.
Lebih tujuh bulan selepas perang israel, kawasan Gaza musnah di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.
israel dituduh melakukan “pembunuhan beramai-ramai” di Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang telah mengarahkan Tel Aviv memastikan tenteranya tidak melakukan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.
SUMBER: TRTWORLD DAN AGENSI