Semasa

ASEAN berada di landasan betul tangani COVID-19

KUALA LUMPUR – ASEAN berada di landasan yang betul dalam menangani wabak COVID-19 walaupun masih ada segelintir pihak yang enggan mengambil vaksin, ujar Menteri Pertahanan Kanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Dalam pernyataan beliau, hampir 90 peratus daripada populasi berisiko tinggi di rantau ini dan telah diberikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi, manakala kebanyakan negara ASEAN sebanyak 65 peratus penduduk telah mencapai tahap imuniti COVID-19.

Beliau berkata negara anggota ASEAN telah bekerjasama dan berkongsi amalan terbaik dan telah mencapai persefahaman bersama menambah baik vaksinasi dari masa ke semasa.

“Saya pasti kita berada di landasan yang betul dan kita pasti dapat mengatasi wabak ini bersama-sama,”

“Saya amat percaya bahawa kita hanya mampu berdiri di tempat kita hari ini untuk melalui rasa tanggungjawab bersama untuk merebut inisiatif dan bekerjasama antara satu sama lain,” katanya semasa menyampaikan ucapan di Forum Putrajaya 2022.

Hishammuddin menambah bahwa penting bagi ASEAN untuk terus bekerjasama terutamanya dalam bidang pertahanan.

Forum Putrajaya 2022 berjalan serentak dengan Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan Asia (NATSEC) 2022 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) harini ini.

–BERNAMA

Oleh: Wartawan Pelatih, Hasanah Yusof

 

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button