Semasa

AS kecam tindakan Israel bina penempatan haram di Tebing Barat

WASHINGTON : Amerika Syarikat (AS) mengecam Israel susulan rancangan rejim Zionis mahu membina penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Presiden AS, Joe Biden menyatakan bahawa mereka menentang sekeras-kerasnya tindakan membina penempatan haram baharu tersebut di wilayah Palestin itu.

Namun, Jabatan Negara di bawah pentadbiran Biden kerap kali memberi amaran tentang pembinaan penempatan haram tersebut mengkritik Israel dengan tegas selepas rejim Zionis meneruskan rancangan itu.

“Kami berasa amat bimbang tentang rancangan Israel untuk menambahkan jumlah penempatan Yahudi termasuk tender yang dikeluarkan untuk membina lebih 1,300 unit kediaman,” kata Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price.

“Kami menentang penambahan penempatan itu yang tidak konsisten dengan usaha mengurangkan ketegangan dan memastikan ketenangan tetapi mereka merosakkan prospek untuk penubuhan dua buah negara,” menurutnya.

Dalam pada itu, pihak mereka turut berpendapat rancangan untuk mendapat pengesahan pembinaan penempatan haram itu sebagai tidak boleh diterima.

Reaksi tersebut dibuat selepas empat tahun negara tersebut berada di bawah pentadbiran sebelumnya, Donald Trump yang sebelum ini memberikan lampu hijau kepada Israel untuk meneruskan pembinaan penempatan haram Yahudi di tanah yang diceroboh itu.

-AGENSI

Oleh Hafeez Anuar

_____________________________________

MASA UNTUK BERTINDAK!
Sumbangan anda untuk rakyat Palestin yang menderita sangat diperlukan.

Klik :
http://tabunggaza.com

ATAU menerusi Akaun Maybank Dana MAPIM :

5628 3463 6620

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Related Articles

Back to top button