
GAZA: Amerika Syarikat gagal memaksa israel untuk menghentikan serangan di Gaza walaupun Jurucakap Jabatan Negara, Vedant Patel berkata satu genjatan senjata telah diusahakan memandangkan angka korban adalah tragis dan menyayat hati.
Washington menyeru semua pihak untuk mengambil langkah berhemat bagi memastikan tiada lagi kehilangan nyawa orang awam dan langkah drastik perlu diambil untuk memastikan keganasan dikurangkan.

Dalam pada itu, kumpulan hak asasi manusia memberi amaran tentang bahaya penutupan sempadan Gaza.
Sejak selasa, israel telah menutup lintasannya dengan Gaza – Beit Hanoon dan Karem Abu Salem bagi menyekat perjalanan sepenuhnya, walaupun untuk keperluan kemanusiaan yang mendesak, menghalang pesakit daripada mengakses rawatan perubatan yang tidak tersedia di Tebing Barat.
“292 pesakit dan rakannya dihalang daripada mendapatkan rawatan perubatan yang tidak tersedia di Gaza, kebanyakannya pesakit kanser dan lain-lain yang memerlukan rawatan menyelamatkan nyawa yang disediakan hospital di Tebing Barat atau negara haram israel”, kata kumpulan hak asasi manusia.
The Israeli aggression on Gaza: 30 Palestinians killed, 93 injured. pic.twitter.com/cdLyWe1qsF
— TIMES OF GAZA (@Timesofgaza) May 11, 2023
Penutupan Beit Hanoon Crossing meletakkan nyawa tambahan dalam risiko dengan menghalang pemindahan segera, yang mungkin diperlukan orang awam yang cedera semasa pembantaian israel ke atas Gaza.
Gabungan Pertubuhan hak asasi manusia GISHA, ADALAH, Pakar Perubatan untuk Hak Asasi Manusia – israel dan Al Mezan telah menghantar surat segera kepada beberapa pegawai israel menuntut rejim menghentikan semua pembantaian yang membahayakan orang awam dan membolehkan akses kemanusiaan, serta-merta.
“Cabaran keselamatan, termasuk risiko yang ditimbulkan semasa serangan agresif ini tidak mengecualikan israel daripada kewajipan kemanusiaannya kepada penduduk Gaza,” tegas mereka.
Gabungan itu turut menekankan dengan menyimpulkan bahawa pelanggaran prinsip ini menimbulkan kebimbangan serius terhadap pelanggaran peraturan perang yang terang-terangan sama dengan jenayah perang.
Attacks in #Gaza, #Palestine are part of ‘#israel’’s apartheid system that must be dismantled. #EndisraeliApartheid #FreePalestine 🇵🇸 #IsraeliTerrorism #IsraeliCrimes #EndIsraeliSettlerColonialism #Nakba #BDS #EndIsraeliImpunity
‘#israel’ is an #antisemitic racist apartheid… pic.twitter.com/Qvu3BCMM8N
— Ehab Judeh (Crescent Heart) (@ehab_judeh) May 11, 2023
Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.
Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.
Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.
Klik:
www.tabunggaza.com
ATAU menerusi
Akaun Maybank Dana MAPIM:
5622 6354 0066
MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016
Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia