Semasa

Arak Timah – MAPIM gesa kerajaan Malaysia buat pendirian

Bangi : Presiden MAPIM Malaysia, Mohd Azmi Abdul Hamid atau dikenali sebagai Cikgu Azmi melalui siaran medianya mengakui terkejut dengan kelahiran arak Malaysia jenama Timah.

Arak itu juga telah memenangi anugerah antarabangsa dan mengangkat nama Malaysia, seolah-olah Malaysia adalah pengeluar arak utama dunia.

Menurut Cikgu Azmi,

Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM Malaysia

“Kami amat terkejut dengan pendedahan wujudnya arak berjenama Timah yang dikeluarkan oleh Malaysia. Ini adalah suatu yang amat janggal dan sangat bertentangan dengan imej Malaysia sebagai negara Islam. Kami amat kecewa kerana belum lagi reda isu kekerapan judi kepada 22 kali cabutan setahun, kini muncul pula keluaran arak buatan Malaysia. Apakah imej Malaysia akan menjadi popular sebagai negara yang subur industri judi dan arak?”

Menurut Winepak Corporation, pengeluar arak Timah, nama Timah itu berasal daripada nama galian timah, dan lelaki pada pembalut arak itu pula ialah Kapten Speedy, seorang Inggeris yang pernah berkhidmat di Perak.

Selain isu arak itu sendiri, isu lain yang timbul ialah nama Timah itu seperti nama singkatan bagi nama perempuan Muslim – Fatimah, dan  pemilihan imej Kapten Speedy yang berjambang dan seperti memakai kopiah.

Tambah Cikgu Azmi, “Pihak Winepak Corporation iaitu firma di belakang Timah yang sengaja mencetuskan produk ini, jelas memprovokasi sentimen masyarakat Islam dan pihak berkuasa.”

Cikgu Azmi berharap, kerajaan sekarang yang diterajui oleh Melayu Islam, segera menjelaskan pendiriaannya berkenaan isu ini. Ini kerana sekiranya kerajaan berdiam diri, mereka seolah-olah setuju dengan naratif yang mengaitkan arak dengan sejarah pembangunan Tanah Melayu, melalui nama Timah dan imej Kapten Speedy yang kononnya membantu industri timah negara.

Cikgu Azmi menggesa kerajaan bergerak ke arah dasar sifar pengeluaran arak dan menyemak semula semua peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan penjualan arak di negara ini.

Kerisauan yang sama dikongsi oleh Ketua Ekskutif MAPIM Malaysia, (Dr.) Sani Araby Al Kahery,

(Dr.) Sani Araby Al Kahery, Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM Malaysia

“Imej Malaysia sebagai sebuah negara yang kuat berpegang pada ajaran Islam kini berada dalam risiko. Ia juga telah menimbulkan keresahan rakyat beragama Islam di negara ini. Walaupun pihak pengeluar sudah memberikan penjelasan, tetapi naratif isu ini mengarah kepada pemahaman yang lain, yang meresahkan rakyat. Kita yakin, kerajaan sekarang boleh meredakan keresahan umat Islam ini dengan mengeluarkan satu pendirian tegas tentang isu arak ini.”

Kebimbangan berkenaan isu ini bukan tidak berasas. Memetik hantaran Facebook, Profesor Dr. Abdul Mua’ti @ Zamri Bin Ahmad, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia,

Beliau mempersoalkan, mengapa arak itu tidak terus dinamakan sebagai Speedy sahaja? Juga kenapa menggunakan nama Timah, bukan Tin sahaja?
Dalam pada itu, Menteri Jabatan Perdana Menteri, Hal Ehwal Agama Islam, Idris Ahmad berkata, pihaknya menentang sekeras-kerasnya penjualan arak dan konsisten dengan pendirian itu.
Menurutnya, “Kita telah suarakan pada pihak kementerian, yang kita semua tidak akan pernah bersetuju dengan apa sahaja berkaitan Arak.
“Langkah kita di pihak kementerian membawa isu ini kepada pihak Kementerian Dalam Negeri, serta KPDNHEP untuk tindakan segera.”

Sebelum ini menerusi laman https://www.winepakinternational.com/, memaklumkan bahawa arak Timah telah memenangi empat anugerah antarabangsa dalam kategori rasa arak.

Related Articles

Back to top button