RIYADH : Arab Saudi bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri bermula pada Isnin (2 Mei) berikutan anak bulan Syawal tidak kelihatan pada Sabtu (30 April),
Menurut Agensi Al Arabiya, Mahkamah Agung Arab Saudi berkata negara-negara yang menyambut bulan suci Ramadan pada 2 April lalu akan berakhir pada hari ke-30 Ramadan iaitu pada pada 1 Mei.
“Anak bulan Syawal 1443 Hijrah tidak kelihatan dan Hari Raya Aidilfitri akan jatuh pada 2 Mei 2022. Kitaran bulan Ramadan 1443H akan genap 30 hari pada hari ini (Ahad),” katanya.
Mahkamah Tinggi Arab Saudi pada Khamis lalu telah menetapkan 30 April 2022 (29 Ramadan) sebagai tarikh melihat anak bulan Syawal di negara itu.
Masyarakat Arab Saudi mula menjalani ibadah puasa seawal 2 April lalu, sehari lebih awal berbanding Malaysia.
Selain itu, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Iraq, Kuwait, Bahrain, Palestin, Syria, Yaman, Lubnan, Mesir, Sudan dan Turki juga mengumumkan bahawa hari pertama Aidilfitri jatuh pada 2 Mei, menurut Pusat Astronomi Antarabangsa di Twitter.
Dalam pada itu, tarikh bagi melihat anak bulan Syawal di Malaysia ditetapkan pada petang hari ini bersamaan 29 Ramadan 1443 Hijrah bagi menentukan tarikh sambutan Aidilfitri di negara ini.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja menyebut tarikh permulaan puasa akan diisytiharkan pada malam ini melalui radio dan televisyen.