KerohanianSemasa

Arab Saudi umum hari wukuf 27 Jun, Aidiladha disambut 28 Jun

MEKAH: Kerajaan Arab Saudi mengumumkan hari wukuf yang merupakan kemuncak haji, adalah pada Selasa, 27 Jun ini sementara Hari Raya Aidiladha akan disambut pada Rabu, 28 Jun di sana.

Perkara itu dinyatakan Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman serta turut dilaporkan media tempatan termasuk Saudi Gazette yang memetik kenyataan Mahkamah Agung negara itu.

Wukuf dilakukan dengan berada di padang Arafah mulai tergelincirnya matahari (waktu Zohor) pada 9 Zulhijjah (27 Jun) sehingga sebelum fajar pada 10 Zulhijjah.

Kredit foto REUTERS/Mohammed Salem

Kesemua 31,600 jemaah haji Malaysia akan menyertai kira-kira tiga juta umat Islam seluruh dunia akan bergerak ke Arafah untuk melaksanakan rukun haji itu.

Syed Saleh dalam sidang media berkata tahap kesediaan khemah di Arafah dan Mina bagi operasi masyair untuk jemaah haji Malaysia kini telah mencapai tahap 80%.

Menurutnya dengan berbaki lapan hari lagi menjelang hari wukuf, pihak pengurusan di sembilan maktab penginapan akan mengadakan sesi taklimat bagi menerangkan antaranya mengenai pergerakan bas dan kemudahan di Arafah dan Mina kepada jemaah haji.

Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, Ketua Rombongan Haji Malaysia

“Jemaah haji juga akan diberikan nombor dan tempat dalam khemah dalam masa terdekat ini,” katanya.

Syed Saleh berkata hampir 300 khemah di Arafah dan Mina tersedia buat jemaah haji negara dengan beberapa penambahbaikan dilakukan tahun ini termasuk khemah berdinding PVC, bekalan elektrik di Arafah terus dari pencawang dan bekalan makanan keseluruhannya dibekalkan syarikat Malaysia.

Dalam pada itu, Syed Saleh berkata setakat ini, seramai 29,212 daripada 31,600 jemaah haji negara telah berada di Mekah.

Kredit foto arkib BERNAMA

Mengenai laporan kesihatan jemaah haji pula, beliau berkata 56 jemaah haji berada di wad pusat rawatan Tabung Haji (TH), manakala lapan orang di fasiliti kesihatan Arab Saudi.

Bagaimanapun, katanya kesemua mereka yang mengalami jangkitan paru-paru, masalah jantung dan sistem pencernaan, sakit kulit dan sendi berada dalam keadaan stabil.


Mari melaksanakan ibadah korban 2023/1444H bersama MAPIM Malaysia.

Mengapa MAPIM Malaysia?

✅ Haiwan ternak yang berkualiti dan terpilih.
✅ Antara harga termurah dipasaran
✅ Reputasi MAPIM yang dipercayai.
✅ Memudahkan urusan anda dari mula sampai akhir.

Ibadah korban adalah Sunat Muakkad iaitu sunat yang DI TUNTUT bagi umat Islam mengerjakannya.

Insyaallah ibadah korban yang dilakukan dengan penuh ketakwaan dan keikhlasan akan mendapat ganjaran besar yang berlipat ganda dari Allah SWT.

“Pada setiap helai bulunya itu kita akan memperoleh satu kebaikan.”  
(HR. Ahmad dan Ibnu Majah)

Sertai ibadah korban bersama MAPIM Malaysia, layari  www.ibadahqurban.com

ATAU

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016. 

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia

 

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button