Covid19Dunia

Arab Saudi tamatkan arahan pemakaian pelitup muka, penjarakan sosial

JEDDAH : Arab Saudi menamatkan semua sekatan Covid-19 di negara itu seperti penjarakan sosial dan memakai topeng pelitup muka di kawasan terbuka.

Arahan penjarakan sosial di Dua Masjid Suci dan masjid-masjid lain juga telah dimansuhkan namun jemaah masih perlu memakai topeng pelitup muka ketika memasuki dalam kawasan tersebut.

Orang ramai kini juga tidak wajib memakai topeng di tempat terbuka, tetapi mereka masih diwajibkan untuk memakai topeng di kawasan yang tertutup.

Keputusan tersebut yang diumumkan oleh sumber rasmi di kementerian dalam negeri akan berkuat kuasa mulai hari ini. Langkah penjarakan sosial di semua tempat, aktiviti dan acara tertutup dan terbuka juga kini tidak lagi diwajibkan.

Selain itu, negara itu tidak lagi mewajibkan pelancong menjalani kuarantin wajib Covid-19 sebaik tiba di negara itu. Penumpang juga tidak perlu lagi mengemukakan ujian PCR semasa ketibaan mereka.

Menurut mereka, hanya visa lawatan diperlukan bagi mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan daripada jangkitan coronavirus.

Kerajaan itu menarik balik penggantungan penerbangan terus dan ketibaan ke Arab Saudi dari negara seperti Afrika Selatan, Namibia, Botswana, Zimbabwe, Lesotho, Eswatini, Mozambique, Malawi, Mauritius, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, United Republic of Comoros, Nigeria, Ethiopia, dan Afghanistan.

Sumber itu menekankan kepentingan untuk terus melengkapkan pelaksanaan pelan imunisasi negara, termasuk mengambil dos penggalak, dan menggunakan prosedur untuk mengesahkan status kesihatan dalam aplikasi “Tawakkalna” bagi penggunaan kemudahan, aktiviti, acara, rancangan dan pengangkutan awam .

Sumber itu menjelaskan bahawa langkah-langkah yang diambil di atas adalah tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa serta mengikut perkembangan dalam situasi epidemiologi.

-AGENSI

Adli Effendy

Editor & News Anchor for Ummah Today

Related Articles

Back to top button